There was an error in this gadget

Sunday, October 24, 2010

IBU




Renungkanlah kwn2

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ibu

Bila merajuk yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah..ibu

Bila takut yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon Ibu

Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu

Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok aku cari pasanganku

Bila sedih aku cari Ibu

Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti aku bawa pasanganku

Bila sibuk aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu . aku ingat pasanganku

Selalu Ibu ingat kat aku

Bila..bila aku akan talipon pasanganku

Entah bila.. aku nak talipon Ibu

Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Mengalir air mata aku, namun masih lagi rasa terkilan di lubuk hatiku. Aku berdoa janganlah anak-anakku melakukan sepertimana ayahnya ini.

DON'T BE SAD


Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis. Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang.
Paling penting, anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan diri. Masalah akan selesai jika kita berusaha. Memang susah! memang payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan. Tapi bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai ujian, anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.
Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.....Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui," .....Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," .....Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," .....Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)." .....Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal." .....Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." .....Surah Yusuf ayat 12

Perkahwinan dan Kasih Sayang


Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Dalam masyarakat tradisional, peranan para suami dan bapa diletakkan sebagai penyara nafkah rumah tangga, manakala para isteri dan ibu pula berperanan sebagai suri rumah tangga. Kini keadaan masyarakat sudah berubah. Pada realitinya sekarang, ramai para suami, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak lagi memainkan peranan sebagai penyara nafkah yang tunggal dalam keluarganya, dan ramai para isteri tidak lagi memainkan peranan sebagai suri rumah sahaja. Sebaliknya, ramai isi rumah golongan sederhana kini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada pasangan suami isteri kedua-duanya.

Dalam konteks kehidupan masa kini di mana kedua-dua pasangan bekerja di luar rumah untuk menyara keluarga, masyarakat harus menilai kembali hak dan tanggungjawab suami isteri. Yakni satu penilaian yang mengimbangkan hak dan tanggungjawab masing-masing kerana ajaran Islam menganjurkan keharmonian, kesaksamaan dan keadilan dalam hubungan keluarga. Sepertimana firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman … bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dan lagi dalam Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (istermu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Melalui ungkapan-ungkapan ini al-Quran jelas menekankan keharmonian material dan moral kehidupan berkeluarga.

Ini merupakan suatu cabaran masakini yang perlu dihadapi dengan kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Kurangnya kefahaman mengenai asas hubungan suami isteri telah membebankan pihak isteri dalam keadaan realiti masakini. Adalah tidak adil jika suami mempunyai jangkaan dan tuntutan yang tidak realistik dan bertimbang rasa - di samping isteri bekerja di luar rumah untuk membantu kewangan keluarga, isteri juga perlu membuat semua kerja rumah, mendidik anak, berdandan rapi dan bersedia untuk memuaskan suami di dalam kamar pada setiap masa. Sebaliknya suami membantu isteri membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang janggal atau bertentangan dengan ajaran agama. Malah ia adalah mengikut Sunnah Rasulallah (s.a.w) yang mana riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri membantu isteri membuat kerja rumah termasuk menjahit dan membasuh baju, walaupun baginda adalah Rasulullah (s.a.w) dan juga memegang peranan sebagai ketua pentadbir negara di Madinah.

Keluarga bahagia dibina berteraskan sifat-sifat kasih sayang, tolak-ansur, timbang-rasa dan saling hormat-menghormati. Kemusykilan dan masalah yang timbul di dalam keluarga haruslah diselesaikan dengan berbincang untuk mencapai persefahaman. Bak kata pepatah, lidah dan gigi lagikan tergigit. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional dan terbuka supaya keputusan tidak berat sebelah dan mencemarkan kasih sayang.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah". Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah tetapi juga pemegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka dan amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup.

Hak Mengenakan Syarat Dalam Perjanjian Perkahwinan

Oleh kerana perkahwinan dalam Islam adalah bersifat aqad atau pejanjian, pihak-pihak kepada perkahwinan itu bolehlah memasukkan syarat-syarat dalam perjanjian perkahwinan yang tidak membatalkan maksud atau tujuan perkahwinan itu.

Di Malaysia, syarat-syarat tertentu pada amnya dimasukkan dalam Surat Perakuan Ta'liq dalam borang yang ditetapkan bersama dengan Surat Perakuan Nikah. Surat Perakuan Ta'liq yang ditetapkan biasanya memberikan hak kepada pihak isteri untuk menuntut perceraian sekiranya pihak suami meninggalkannya atau tidak memberikannya nafkah selama tempoh empat bulan atau lebih, atau menyakiti badan pihak isteri. Di beberapa negara Islam lain, syarat-syarat yang hendak dimasukkan adalah terpulang kepada pasangan individu, dan syarat yang memberikan hak kepada pihak isteri menuntut perceraian sekiranya suaminya mengahwini perempuan lain juga dibenarkan, misalnya di Arab Saudi, Jordan, Maghribi, Mesir dan Iran .

Perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bertujuan menjamin hak dan kepentingan pihak isteri sekiranya beliau diceraikan. Sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah an-Nisa 4:128 ayat yang bermaksud: "Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz (atau sikap tidak acuh) dari suamimu, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benar, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isteri secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz) maka sesungguhnya Allah maha mengetahui yang kamu kerjakan."

Sehubungan itu, wanita boleh membuat perjanjian sebelum perkahwinan dalam perkara tertentu demi menjamin hak beliau dengan lebih terperinci. Islam menyebutnya sebagai ta'liq di mana syarat-syarat tertentu diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki sekiranya ingin berkahwin dan ia akan mengikat kedua belah pihak. Hadith Rasulullah (saw) yan diriwayatkan oleh Sahih Muslim dan Sunan Abu Dawud menyebutkan "Syarat yang paling patut dipenuhi olehmu ialah yang menjadikan persetubuhan (dengan isterimu) halal untukmu."

Dalam Surat Perakuan Nikah pengantin di Malaysia , ia hanya terhad kepada syarat suami tidak memberi nafkah selama empat bulan atau lebih, suami meninggalkan isteri dan suami mencederakan dan menyakiti isteri. Jika perjanjian tersebut diingkari, pihak yang menuntut boleh menuntut di mahkamah syariah terhadap pihak yang melanggar perjanjian. Dengan kata lain, isteri berhak mendapat cerai dalam keadaan tertentu sekiranya suami melanggar syarat yang telah dipersetujui oleh mereka dalam perjanjian yang dikenali sebagai Tafwid al-Talaq.

Selain syarat yang disebut di dalam Surat Perakuan Nikah tersebut, perjanjian lain yang dibuat oleh seorang perempuan sebelum berkahwin dibolehkan dalam Islam. Perjanjian ini boleh dikuatkuasa di mahkamah kerana ia mengikat di antara pihak-pihak yang dipertikai. Perjanjian itu juga mestilah disetemkan dan disaksikan oleh saksi-saksi yang adil dan boleh dipercayai. Bagaimana pun, syarat yang dikenakan pada masa perkahwinan mestilah sesuatu yang sah seperti mas kahwin, nafkah dan cara hidup yang baik. Misalnya, perempuan berkahwin dengan syarat suaminya tidak akan membawanya dari tempat di mana dia tinggal. Dengan ada perjanjian tersebut, suaminya tidak berhak membawa isteri berpindah melainkan dengan persetujuan isteri.

Jika terdapat janji bahawa isteri mempunyai kuasa untuk menceraikan dirinya sendiri, maka isteri dikira mempunyai kuasa untuk berbuat demikian jika suami tidak memenuhi janji. Selain itu, butir-butir perjanjian yang boleh dibuat oleh seseorang wanita sebelum perkahwinan ialah berkaitan dengan hak harta, maskahwin dan pemberian, poligami, hadhanah (jagaan anak) dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khulu' dan mut'ah.

Hak harta berkenaan berapakah nafkah yang akan diberikan selepas bercerai serta hak wanita bersuami untuk memperolehi, memegang dan melupuskan mana-mana harta dari semua segi sebagaimana perempuan bujang. Wanita juga boleh membuat perjanjian tentang harga sepencarian di bawah hak harta. Bagi mas kahwin dan pemberian pula, seksyen 21 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) mempastikan hak wanita terhadap perkahwinan yang mana pemberian dicatat dengan teratur dan dapat dipastikan dengan tepat jika ia dibayar dan membuat tuntutan jika tidak.

Dari segi poligami, Seksyen 23 memperuntukan secara jelas bahawa lelaki yang ingin berpoligami harus mendapat persetujuan bertulis daripada hakim syarie dan beliau perlu mematuhi beberapa syarat. Dalam hal ini, pihak isteri boleh membuat perjanjian sekiranya selepas perkahwinan suami ingin berkahwin lain berkaitan harta, kewajipan beliau, masa giliran dan lain-lain.

Begitu juga dengan hadhanah dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khul' dan mut'ah (bayaran saguhati/pampasan yang diberikan kepada isteri yang diceraikan) yang mana isteri boleh meletakkan syarat atau janji di dalam ta'liq.

Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam

Di Malaysia, tiap-tiap Negeri mempunyai enakmen undang-undang keluarga Islam masing-masing. Walaubagaimanapun, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 boleh dikatakan sebagai model kebanyakkan peruntukan-peruntuk an itu, walaupun terdapat juga pindaan atau pengubahsuaian yang telah dibuat ke dalam enakmen-enakmen di beberapa Negeri yang menimbulkan beberapa perbezaan di antara perundangan tersebut, misalnya berkenaan dengan peruntukan mengenai poligami.

Pernikahan adalah kontrak persetujuan yang berlandaskan persefahaman di antara sepasang suami-isteri yang saling setuju-menyetujui sesama sendiri. Perkahwinan di bawah undang-undang Islam adalah bersifat aqad atau kontrak, yakni perjanjian, yang berdasarkan ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan). Tawaran itu dibuat, dari segi prinsipnya, oleh pihak pengantin perempuan, melalui walinya, dan penerimaan dibuat oleh pengantin lelaki atau wakilnya.

Umur minimum perkahwinan

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan bahawa tiada seseuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'i telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Persetujuan dikehendaki

Seksyen 13 Akta tersebut menghendaki persetujuan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, dan persetujuan wali pihak perempuan atau Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa sebagai wali Raja mengikut Hukum Syara' (hukum mengikut mana-mana mazhab yang sah) jika perempuan itu tidak mempunyai wali nasab (pertalian darah) atau wali nasab tidak dapat dikesan atau wali nasab enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang cukup. Sekiranya wali nasab enggan, maka pihak perempuan boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memohon bagi kebenaran perkahwinan secara wali Raja.

Pendaftaran perkahwinan

Seksyen 22 Akta tersebut memperuntukkan bahawa selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta'liq (perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah) yang ditetapkan atau ta'liq lain (syarat-syarat tambahan) bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

DOA SEORANG ISTERI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...
Semoga menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi
dikasihi suami...insyaAllah...-


--
Be happy and cheerful always.....

Kenali Hati, Cinta Lelaki


BENARKAH sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.


1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

JODOH


Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Z-)



Tidak,


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.



Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.



Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?



Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.



Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang."



Seorang teman pernah berpesan..



"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Renungan buat suami dan isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. "

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

MEMILIH JODOH

mail ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ....... "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu......


************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ...... ... menginginkan anda ........ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing. "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam


* Kalau rajin.. Tolong sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Asas Hukum Ibadah Dalam Islam

sesungguhnya objektif utama wujudkan manusia di muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba kepada Allah. Perhambaan kepada Allah bukan sekadar melalui usaha melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama akur dengan sistem dan peraturan yang ditetapkan dalam urusan sosial seperti berniaga, bekerja, cari wang, cari harta, berumah tangga, bermasyarakat dan seumpamanya. Semuanya ada hukum-hakam yang mesti dipatuhi, dan sumber hukum itu sudah tentu daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Sekalipun hukum sama ada Ibadah mahupun Muamalat kedua-duanya mesti berasaskan al-Quran dan sunnah, namun asas dalam cara penentuan hukum itu sangat berbeza. Ini kerana dalam konteks ibadah kepada Allah, kita memerlukan dalil terlebih dahulu, sebelum menunaikan sesuatu ibadah. Tanpa dalil yang konkrit, ibadah itu haram dilakukan. Rasulullah secara tegas dalam hadisnya menyatakan, "Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu yang baru dalam urusan ibadah ini, yang bukan daripadanya, maka ia sebenarnya tertolak" [Bukhari & Muslim] Imam Bukhari telah menetapkan bab khusus tentang berpegang dengan kitab Allah, yang mana menjelaskan hadis-hadis yang melarang umatnya mengada-ngadakan sesuatu yang baru dalam Ibadah. Begitu juga Imam al-Syatibi, menggunakan tajuk yang hampir sama dengan Imam Bukhari rh, iaitu al-I'tisam, sebagai buku yang menjelaskan bahawa perlunya konsisten dengan dalil Syariah untuk menentukan kesahihan sesuatu ibadah.

Masalah sesetengah masyarakat kita sekarang, apabila dipertikaikan asas sesuatu amalan tentang sumber dalilnya, mereka terus mengecop orang yang mempertikaikan itu sebagai wahabi dan seumpamanya. Ya, kita akur, sesetengah kaedah yang digunakan oleh ulama' dahulu adakalanya tidak ada dalam Sunnah tetapi merupakan pendekatan mereka untuk 'tackle' masyarakat pada zaman mereka untuk beribadah kepada Allah. Namun, kita juga perlu akur, bahawa dengan perubahan zaman dan masa, adalah wajar sesuatu amalan itu dinilai semula berasaskan sumbernya yang sebenar.

Kita juga hairan kenapa sesetengah golongan sangat alergi dengan perkataan bidaah dalam ibadah. Jika diteliti daripada hadis-hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari, para sahabat sangat senstif tentang isu bidaah. Lebih-lebih lagi zaman para sahabat adalah zaman 'awal' Islam yang mana mereka akan menjadi rujukan kepada umat terkemudian. Segala amalan mereka akan diambil kira. Sikap sensitif ini adalah sangat signifikan, agar umat terkemudian tidak terkeliru yang mana betul bersumberkan Nabi, dan yang mana sekadar pandangan peribadi mereka. Hasilnya, para ahli hadis menganggap, para sahabat tidak akan mengeluarkan pendapat mereka tentang sesuatu yang disifatkan sebagai ibadah, kecuali pasti mereka akan dengar daripada Rasulullah. Bahkan dalam ilmu hadis, jika sahabat bercakap tentang sesuatu ibadah tanpa menyandarkan kepada Nabi, para sarjana tetap menganggap hadis tersebut sebagai marfu'. Iaitu hadis itu tetap dianggap seperti disandarkan kepada Nabi s.a.w, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Jika ada orang yang cuba meminta dalil tentang sesuatu amalan yang dianggap ibadah, contohnya seperti dalil sembahyang hajat, dalil sembahyang tasbih, dalil sembahyang malam pengantin baru, dalil sambutan nisfu Syaaban, adalah wajar dikemukakan dalil dengan baik, dan tidak terus mengecop sebagai wahabi dan seumpamanya. Jika semua orang yang sensitif dengan amalan bidaah dikatakan wahabi, mengapa tidak dicop terus Imam Bukhari atau Imam Nawawi sebagai wahabi?

Perlu diingatkan, kalaupun sensitif sangat dengan gerakan Muhammad bin Abd Wahhab yang dikaitkan dengan nama Wahabi, seseorang itu tetap perlu faham bahawa Wahabi itu gerakan yang baharu. Isu bidaah telah lama dibicarakan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nawawi, Imam Syafi'i, Imam Malik ramai lagi para tabi'in yang lebih awal daripada itu pun.

Kita tidak nafikan, sesetengah pendapat Ibn Taymiyyah, Muhammad bin Abd Wahhab mahupun Nasiruddin al-Albani adakalanya agak keras kritikan mereka, walaupun terhadap ulama'. Tetapi itu tidak bermakna kita (yang tentunya tidak sehebat mereka) boleh masuk campur dalam urusan kritikan mereka. Pada saya sendiri, adakalanya kritikan sesetengah sarjana aliran yang dikatakan wahabi ini memang keras. Bahkan ada juga yang kita tidak bersetuju dengannya. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh maki hamun mereka, menuduh mereka sesat, dan seumpamanya. Biarlah mereka dengan kritikan mereka kalau pun anda tidak mempersetujuinya, dan ambillah yang baik daripada kritikan itu.

Proses menjaga keaslian atau kemurnian ibadah ini bukan suatu yang mudah. Tanpa wujudkan sarjana hadis yang sentiasa mengawal, jadi check and balance dalam menilai amalan masyarakat, sesuatu ibadah akhirnya menjadi sekadar adat isitiadat yang tidak tahu hujung pangkalnya. Yang menambah masalah ialah segolongan ulama' sendiri bermati-matian mempertahankan amalan yang bersumberkan hadis daif, atas alasan, hadis daif boleh dipakai dalam fadilat sesuatu amalan. Padahal jika diteliti, para sarjana memberikan syarat tertentu, jika ingin beramal dengan hadis daif terutama dalam ibadah. Antara syaratnya ialah amalan yang dilakukan itu perlu dahulu disahkan wujud dalam hadis yang sahih, manakala fadilatnya sahaja wujud dalam hadis yang daif, maka hadis daif itu boleh dipakai untuk tujuan menggalakkan orang beribadah. Dengan kata lain, jika wujud hadis tentang fadilat sesuatu amalan, tetapi amalan itu sendiri hanya wujud dalam hadis yang daif, maka amalan itu wajar ditinggalkan.

Mengapa Perlu Sensitif Soal Ibadah?

Rasulullah s.a.w amat sensitif dengan ibadah, kerana umat terdahulu telah hancur dan sesat kerana sikap mengada-ngada mereka dalam ibadah. Masyarakat, jika dibiarkan beribadah mengikut kepala mereka, mereka akan menambah sedikit demi sedikit ajinomoto untuk menyedapkan rasa, dengan alasan untuk jadikan ibadah lebih 'happening' atau seumpamanya, akhir ibadah tulen susah untuk dikesan lagi, bahkan mungkin sudah jauh daripada falsafah asalnya.

Cuba bayangkan jika tidak ada sarjana yang mengawal sambutan birthday Rasulullah s.a.w. Dengan alasan untuk memuliakan Nabi, tau menjadikan sambutan birthday Nabi itu lebih 'happening' mungkin pelbagai karut-marut lagi dicipta. Mungkin ada yang sebut, "kalau sambutan keputeraan Raja pun sudah ada lampu gilang gemilang, mengapa tidak Nabi?" Lepas tu ditambah itu dan ini akhirnya menjadi seperi upacara perarakan agama lain yang menyusahkan orang ramai untuk melakukan kerja-kerja seharian. Jalan raya ditutp kerana perarakan dan seumpamanya. Itu belum dikira lagi, cerita-cerita dongeng yang disebarkan sempena keputeraan Rasulullah. Keajaiban semasa kelahiran Rasulullan dan semasa kanak-kanak baginda, dan semua cerita karut disebarkan. Dengan alasan untuk menggalakkan orang mendengar.

Sebab itu sarjana hadis terutamanya, sangat sensitif soal ibadah. Agar ibadah tidak bercampur baur dengan adat setempat. Kita tidak nafikan adakalanya perlu memasukkan pendekatan 'local' dalam ibadah untuk menggalakkan masyarakat melakukan ibadah. Tetapi pendekatan setempat itu perlu kawalan yang amat rapi dan sensitif, agar sesuatu ibadah itu dapat dibezakan antara 'ibadah' dan 'pendekatan'. Ertinya, mesti ada satu golongan yang sentiasa sensitif tentang kemurnian sesuatu ibadah, agar masyarkat dapat memahami yang mana sebenarnya merupakan pendekatan, dan yang mana sebenarnya ibadah yang asalnya dalam Islam.

Sebab itu jika kita teliti pendapat sarjana, Imam Malik contohnya, pernah menyatakan puasa enam hari itu bidaah. Imam Ibn Taymiyyah mengatakan bahawa baca surah al-Sajdah pagi jumaat itu bidaah. Adakah mereka tidak tahu wujudkan hadis-hadis tentang itu? Tidak, mereka tahu sebenarnya, tetapi mereka melihat wujud kecenderungan masyarakat mereka untuk menjadikan ibadah sunat yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan itu sudah menjadi seperti wajib. Itu yang menjadikan mereka tegas tentang ini, agar ibadah yang sebenar akan terus kekal murni untuk dipraktikkan oleh masyarakat akan datang.


Falsafah Ibadah Adalah Ubudiyyah

Ibadah ertinya melakukan perhambaan kepada Allah dan falsafahnya adalah untuk mendidik diri merasakan jiwa ini sebagai hamba kepada Allah. Sifat ibadah itu sendiri adalah menerima tanpa banyak soal dan tanya. Itulah jiwa hamba. Menerima apa sahaja yang ditetapkan, akur tanpa berani mempersoalkannya. Itulah sifat hamba kepada Tuhan.

Akan tetapi, jika kretiviti dibenarkan dalam ibadah, setiap masyarakat boleh menambah itu dan ini dalam zikir dan doa, maka akan hilanglah sifat yang menjadi falsafah ibadah itu sendiri. Memandai dalam urusan ibadah bererti mempertikai ketetapan yang telah diwujudkan oleh Allah. Sebab itu, dalam sebuah hadis dalam sahih Bukhari, sahabat tersalah menyebut Rasulullah, sedangkan dalam lafaznya adalah Nabiyullah, itu pun diperbetulkan oleh Rasulullah, padahal maksudnya bukan banyak sangat bezanya! Maka sahabat menerima tanpa banyak soal lagi.

Itulah rahsia ibadah, menerima tanpa banyak soal, tanpa mengubah sesuatu dan tanpa menambahkan sesuatu pun. Pelbagai doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah dalam hadis yang sahih, itu pun sudah tidak cukup waktu untuk kita amalkannya, mahu lagi ditambah dengan perkara yang tidak ada dalil yang sahih. Akhirnya falsafah perhambaan terhadap Allah tidak lagi dicapai lagi.

Kesimpulan

Tidak ada kreativiti dibenarkan Islam dalam urusan amalan ibadah kepada Allah. Yang perlu ada adalah, dengar daripada dalil yang sahih, kemudian amalkannya. Jika pun ingin mewujudkan pendekatan tertentu untuk menarik masyarakat beribadah, adalah sangat penting memastikan bahawa pendekatan yang digunakan tidak disalah anggap sebagai ibadah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah. Menetapkan sesuatu bacaan pada malam tertentu tanpa wujud dalil, mungkin boleh untuk amalan peribadi, tetapi jangan sampai ketetapan itu dianggap sunat. Dengan kata lain, jangan sampai pendekatan yang digunakan itu juga dianggap ibadah.

Apa yang terbaik adalah kembali kepada dalil yang sahih. Agar kemurnian dan falfasah ibadah itu sentiasa kekal dihayati, bukan sekadar menjadi amalan.