There was an error in this gadget

Sunday, May 29, 2011

SUBHANAALLAH NIKMATNYA UJIANMU....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualaikum....
Terlalu lama membisu kini kita bertemu kembali ke diruangan hati  kini penulis kembali dengan satu semangat yang terlalu lemah,kecewa,resah dan gelisah sehingga tiada yang mengerti entah kenapa dan bagaimana tapi ia mungkin beberapa faktor yang amat mengganggukan serta menghilangkan semangat yang ada... kini penulis menghadapi keadaan yang terlalu sulit sehingga penulis tidak mampu mengambarkan pada orang lain... hanya Allah dij adikan tempat bergantung hanya Allah yang didahului...tidak ada yang lain... kini penulis tidak meletakkan SAHABAT  sebagai tujuan utama biarlah sementara ini penulis sujud dan menangis di tikar sejadah daripada menangis di depan seorang insan yang tidak mengerti malah tidak memahami... duhai ibu yang melahirkan mu maafkan anakmu duhai ibu banyak dosa yang anakmu lakukan sehingga hati ini sentiasa resah dan gellisah, duhai ibu ampunkan dosa anakmu yang tidak mampu menjadi anak yang baik seperti ibu mahukan...

Duhai ayahanda semoga ayahanda selamat di dunia yang baru dan dirahmati selalu berada di dalam golongan orang2 yang soleh...kehilanganmu membuatkan ku gugur dan sering tersungkur.. kehilanganmu menghilangkan tempat ku mengadu ayahanda laa yang seorang insan yang memahami dan paling mengerti lindungilah kami ya allah... andai aku gagal menjadi mujahidah gugurkan syahidku sebagai hamba yang mampu berjuang ke arahmu agamamu.. ya rabbi izzati kuatkan hati kami eguhkan jiwa kami dan kuatkan hati kami menerima ujianmu ya allah....tunjukkan ku jalan.. terangilah jalan hidupku dengan cahya kasihmu pimpinlah aku dengan hidayahmu... duhai tuhanku usah kau biarkan diriku terleka dalam dunia yang penuh dugaan...ya allah tunjukkan jalan kebenaran suluhkan jiwa ku dengan keimanan hanya padamu oh tuhan ku sandarkan harapan............. :)









Tuesday, May 10, 2011

wajah yang menyenangkan...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualaikum semua sahabat sekalian ...

malam ini penulis ingin melakar sesuatu yang kadang-kadang kita anggap ia tidak penting tetapi padahal ia merupakan sesuatu yang penting..  pada pendapat semua sahabat wajah macam mana yang boleh membuatkan hati kita menjadi tenang?? kalau nak lebih jelas wajah siapa? agak-agak la bila kita bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali bagaimana agaknya persepsi kita kepada orang tersebut?? ada yang ingin berkongsi tak?? heheh nie yang buat penulis nak ketawa sebab rata-rata orang bila dia jumpa penulis dia akan cakap budak nie sombong la? betul tak sahabat semua?? isss garangnya kakak nie sapa dia 2? haha itu la contoh situasi yang penulis boleh kongsi sebab setiap orang mempunyai pendangan yang tersendiri.

Sebab itu  bagi penulis persepsi kita terhadap orang yang kita  temui bergantung pada wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukan lah terletak pada kecantikan semata-mata. walaupun setiap manusia mempunyai wajah yang berbeza dari rupa paras tapi perasaan seseorang itu lahir dari sanubari kita. Bagaimana wajah kita bila bertemu dengan golongan yang lebih tua agaknya la sama tak bila kita jumpa orang yang lebih muda dari kita.. Bagaimana pula dengan perbuatan kita, percakapan kita,senyuman kita adakah dengan wajah yang ceria atau bagaimana??

Semua manusia mempunyai kelemahan diri. Segala apa yang kita lakukan seharian akan diperhati sama-sama la kita mencuba perbaiki kelemahan diri. Jangan kerana kelemahan kita merasa lemah, rendah diri tanpa mencari solusi atau mencuba perbaiki kepada yang lebih baik.  sentiasa la niat bahawa setiap perbuatan kita, amalan dan apa yang kita lakukan dalam seharian adalah untuk Allah. Sesungguhnya mafhum dari Rasulullah SAW  "sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan". 

Senyum laa dalam semua keadaan sama ada ketika diuji ataupun didalam keletihan kerana itu lah kunci kepada sesuatu. senyuman boleh membuatkan diri  kita lebih yakin dan nampak ceria dan semua orang yang berada di sekeliling akan merasa senang dan gembira. Ia boleh menjadi penawar kepada ibadah malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah maka ia akan
menjadi ibadah sedekah. Kecerian adalah anugerah yang amat bernilai bagi manusia. Apabila kita ceria semua insan yang berhampiran dengan kita akan gembira dan tertawa inilah kunci sebenarnya sebuah kecerian. setiap wajah yang memandang kita akan merasa senang hati apabila kita ceria dan gembira. 

Apabila kita mengeluarkan kata-kata haruslah menggunakan kata-kata yang tidak meyakiti supaya tidak ada yang terluka. keluarkan lah kata-kata yang mampu membuatkan orang tersenyum gembira contohnya pujian dan sebagainya. dalam mafhumya surah al-baqarah ayat 38 yang berbunyi "ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia". Jagalah pakaian kita dengan cermat dan baik. sesorang induvidu harus menggunakan pakaian yang sesuai untuk ke destinasi yang dituju. persepsi orang yang melihat kita bergantung kepada pemakian kita sendiri. Setiap manusia suka kepada sesuatu yang cantik malah setiap yang memandang akan merasa bangga dan bahagia. kita sebenarnya mampu membuat semua orang senang bila melihat wajah kita. hanya kita yang mempu mengubah diri untuk menjadi orang yang terbaik. jika kita memberikan kebaikan maka kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan.

penulis memohan maaf seandainya nukilan malam ini ada kesilapan.. ini adalah teguran bersama kerana penulis juga mempunyai sifat-sifat yang perlu diubah jadi marilah kita bersama-sama mengubah diri kita untuk mejadi yang terbaik... menjadi insan lebih bermakna buat semua orang dan bernilai bagi orang yang berada disekeliling kita... selamat beramal semua sahabat.....syukaran..











Thursday, May 5, 2011

story ku.......

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




assalamualaikum..

kerana sekarang musim mixtem dan perbentangan makalah or asyment jd penulis tidak  mempunyai masa untuk update blog..dah lama rasanya penulis tidak melakar cerita dan juga melakar rahsia hati ... blog la cara yang penulis meluah rasa dan juga perasaan. seperti yang kita tahu akan ada saat gembira,duka,gelisah,risau dan sebagainya dan inilah cara penulis untuk berkata-kata atau meluahkan rasa hati dikala memerlukan seorang teman setelah Allah mendahului tetapi manusia tidak boleh lari dari manusia yang lain....sangat memerlukan dan kita mempunyai hak-hak yang harus dipenuhi oleh orang lain...

kini sudah hampir setengah tahun penulis berada di bumi aceh perasaan rindu yang terlalu kuat buat ibunda n arwah ayahanda disana....rindu yang teramat sehingga sukar untuk penulis bayangkan sekiranya melihat ibunda....hati ibu  mana yang tidak gembira setelah 1 tahun tidak menatap wajah anakanda tercinta.. dan anak mana yang tidak merindui ibuanda yang jauh disana...

hati ku kini dimiliki oleh satu hati yang sukar untuk ku katakan... iaitu.....

Dan bila ku akui cinta mu 
mula bertapak mula bertakhta hilanglah sudah  kisah lama
Dan bila mula melangkah berdua seiring sama dalam kembara mengenal apa itu cintaa..OOOO
kini ruang kekosongan mula terisi  dan dilakari seribu makna kasih.........



ini cuma lagu je bukan kata-kata cuma penulis terlalu rindu kepada anak-anak saudara....mereka la cinta penulis.. dan kini penulis hanya membilang tarikh dan hari untuk pulang kepangkuan mereka..itu la cinta dan rindu penulis...

ini cuma kata-kata biasa sebab malam ini saja penulis nk borak kosong kalau ada yang nk kenal keluarga penulis 2 diatas..sebenarnya ramai lagi tapi x muat hehhe sebab keluarga ramai sangat jadi satu fhoto x cukup...

kalau rasa nukilan nie x best maaf ye sebab penulis sekadar memenuhi ruang ini sebab dah lama tak update jadi kalau rasa ruang ini kosong sila la bagi cadangan lagi... yee byeee