There was an error in this gadget

Saturday, February 11, 2012

menjelajah kampung neuhan

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


pada tarikh 05/02/2012 kami ke kampung neuhan untuk membantu masyarakat kampong bergotong royong dan sama-sama menyambut hari kebasaran rasul. Bila sampai kesana subhanaallah cantik betul pemandangan. Malah kampong neuhan adalah berasal dari hutan tetapi setelah tsunami neuhan dibangunkan dan dijadikan sebuah perkampungan dan rata-rata penduduk kampong neuhan adalah mangsa-mangsa tsunami. Dan ini merupakan inisiatif dari pemerintah aceh dalam melindungi dan menjaga rakyatnya serta kesedihan itu turut dirasai oleha semua Negara. Apabila memperingati kejadian itu ramai ibu-ibu yang kami Tanya akan menangis betapa besar dan pilunya hati untuk melalui kejadian yang merupakan satu ujian yang besar kepada mangsa-mangsa tsunami. Kami yang mendengar pun ikut menangis. Namun kampong  neuhan mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan pemandangannya yanmg cantik dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau, masyarakatnya yang menerima kehadiran kami dan memjadikan kami sebagai anak yang rindukan kasih ibu dan ayah. Kami yang jauh dari keluarga amat berasa terharu dengan layanan yang diberikan. Malah kampung neuhan mempunyai kemahiran-kemahiran seperti kraftangan, menjahit dan juga sulaman. Malah kemahiran ini menjadi sumber rezeki kepada masyarakat Kampong Neuhan dalam mencari sesuap nasi.  Heeee best rugi sape x pi…………