There was an error in this gadget

Tuesday, November 20, 2012

kehidupan baru...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualikum...

maaf kepada semua sahabat yang mengikuti blog ini...maaf juga kerana membisu terlalu lama... kini penulis bersama dengan dunia baru, tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa telahpun berjaya ditamatkan pada 20/9/2012 dengan jayanya. Dan kini aku kembali ke tanah air menjalani kehidupan sebagai seorang insan seperti insan yang lain, menjalani susur dan lapisan kehidupan yang terlalu mencabar. Dan kini aku mengakui bahwa kehidupan seorang pelajar lebih indah dari kehidupan bekerja. Tanpa sedar aku menanggung satu beban, satu rindu dan satu cinta kepada sahabat-sahabat dibumi aceh.. meninggalkan mereka dengan kehidupan mereka dan aku kini berada dibumi yang berbeza namun masih berada dibawah langit yang sama. kahadiran bebarapa insan yang tidak mampu dilupakan bukan sahaja hal2 yang mengembirakan kami kongsi, namun hal2 yang menyedihkan juga kami hadapi bersama. KEINDAHAN yang tidak mampu dilupakan nasi sebungkus boleh dirasakan  5 orang walaupun hanya beberapa suapan sahaja tapi ia amat mengeyangkan. 

Hampir setiap pagi aku memandang langit dan mengatakan aku rindu kalian, moga semua yang berada dibumi aceh sihat sentiasa, menjalani kehidupan dengan ceria, walaupun disana banyak duka yang kuhadapi namunnya hadirnya beberapa tangan yang membantu, memberikan kekuatan, sokongan dan perkongsian dan sehingga hari ini aku mampu berdiri. kata-kata indah seorang sahabat yang aku memanggil dengan nama manja sehingga aku mengganggap ia seperti ayah dan keluarga sendiri, mempunyai hubungan yang rapat tidak mampu aku lupakan sehingga hari ini. Dan aku yakin dia mampu menjadi seorang yang berjaya kelak. dan aku sebagai sahabat hanya mendoakan dari jauh... indahnya bumi aceh membuatkan aku rindu, rindu yang terlalu indah... rindu yang luar biasa, rindu kepada keadaan, rindu kepada suasana, rindu pada yang nyata sehingga rindu itu menjadi satu lafaz yang mematikan sinar indah....

tekun dan sabarlah menghadapi dunia baru...buat anak-anak umi kekuatan dalaman itu terlalu penting... kuatkan hatimu duhai anak, kamu mampu melalukan yang terbaik..umi sentiasa ada disisi, dan ingatlah bahwa   
apa yang umi bekalkan sewaktu hari-hari terakhir kita, ingat kenangan dan memori kita bersama, dan apa yang perlu kamu tahu setiap detik dan setiap saat umi tidak pernah melupakan kalian... sentiasa tidak pernah, didalam setiap doa nama kalian sentiasa ada... dihati umi cuma ada satu permintaan, bacalah amanah umi disaat kalian rindukan umi....ia amat berguna untuk kalian, amalkan lah.....umi tak mampu beri yang lebih baik dari itu...apa yang umi tinggalkan dengan kalian gunakan kenangan itu sebaik mungkin, jadikan ia sebagai rindu dan ukhuwah kita sebenar, disaat umi menulis kata-kata ini, umi terlalu rindukan kalian.... percayalah akan ada waktu untk kalian...setahun itu hanya sementara kalau umi mampu, insyaallah anak umi juga mampu..kuatkan hati...banyakkan baca al-quran.. insyaallah apa yang baik datangnya dari allah dan apa yang kurang umi minta maaf itu adalah kelemahan umi...