There was an error in this gadget

Tuesday, February 22, 2011

mahasiswa yang dirindui

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


 assalamualaikum..............

Selamat bersua kembali sahabatku diruangan sepi ini ana mencuba untuk memenuhi setiap keperluan sahabat dengan menukilankan sepatah kata sepohon bicara setitip rasa seindah bahasa agar setiap perkataan yang ditulis tidak mengguriskan hati insan-insan yang mencari ilmu, dengan adanya nukilan ini mungkin boleh memberikan pengetahuan walau penulisan ini mempunyai keadaifan ... maafkan ana..ini tajuk yang ana cuba mencari persoalan dan permasalahan bagi Mahasiswa hari ini. 

Melihat persoalan ini ana terfikir siapa mahasiswa yang sebenarnya?  kenapa kita membuntukan atau memerlukan mahasiswa? mahasiswa yang seperti mana? dan siapa yang sepatutnya digelar mahasiswa. kalau melihat keadaan negara kita pada hari ini layakkah kita bergelar mahasiswa. Banyak persoalan dan pemahaman yang akan dibuat oleh mahasiswa kerana manusia mempunyai fikiran dan pemahaman yang berbeza dengan penyampaian ilmu,tarbiah dan cara kehidupan serta biah yang memainkan peranan penting bagi seorang mahasiswa.

Mahasiswa yang dirindukan?  Itu la tajuk yang akan saya kupas. Kalau dilihat pada zaman dahulu bagaimana proses pembelajaran bermula zamana Nabi Muhammad lagi sentiasa berusaha menuntut ilmu menyampaikan ilmu kepada umat pada masa tersebut walau pun banyak rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh Nabi pada masa itu. Kita lihat pula bagaimana kisah Nabi Ibrahim dalam menghadapi setiap ujian dari Allah. Kisah- kisah para Nabi banyak memberikan pengajaran kepada kita dengan pelbagai pengajaran dan keinsafan. Subahanaallah kekuatan yang luar biasa para Nabi walau dihina,dicaci,diherdik malah diancam bunuh oleh kaum kerabatnya sindiri  tetapi ujian itu diterima dengan redha dalam mengerjakan dakwahnya dan tanpa kita sedari bahawa agama islam itu masih kekal sampai hari ini. 

Namaun kita melihat hari ini beberapa fenomena dan permasalahan yang berlaku berpunca dari Mahasiswa islam sendiri. Hanya sebilangan Mahasiswa yang masih berada dan setia dijalan dakwah dan sebilangan lagi hilang ditelan arus kemodenan. Pelbagai masalah yang dilakukan Mahasiswa hari ini sehingga masyarakat tercari-cari dan merindukan mahasiswa yang bukan sahaja intelektual, berpendidikan malah mempunyai kepimpinan yang luar biasa dalam memberikan perbaharuan dalam Negara. 

Kita melihat sejarah pada tahun 1998 era reformasi mahasiswa dengan melihat kebebasan mahasiswa dalam berdemokrasi. Reformasi ini melahirkan terbiah dengan gerakan-gerakan dalam menentangkan hak sebagai rakyat. Melalui gerakan intelektual ini lah kemerdekaan telah diperoleh. Negara  hidup dengan cara sendiri tanpa dijajah oleh kuasa asing tetapi kesannya adalah pemikiran mahasiswa masih dijajah tanpa kemajuan. Masih wujudkah gerakan-gerakan itu pada masa sekarang?. Siapa yang harus dipersalahkan berlakunya permasalahan dikalangan mahasiawa? 

Gerakan-gerakan ini masih wujud tetapi hanya disertai oleh segelintir mahasiwa tidak ramai yang menyokong malah ada dikalangan mahasiswa sendiri yang menentang gerakan ini. Kenapa hai ini harus berlaku? Setengah mahasiswa hanya memandang university sebagai institusi untuk mencari ilmu sahaja tetapi kita harus fikirkan bersama bahawa ilmu tanpa amal ia akan menjadi satu ilmu yang sia-sia. Kita mencari ilmu namun kita tidak melatih diri kita dalam menyebarkan ilmu kepada orang lain ilmu tersebut tidak akan berkembang melainkan kita gunakan dan sebarkan pada orang lain dengan mengabungkan diri dengan gerakan dan terlibat dengan terbiah bukan untuk diri sendiri malah untuk mesyarakat setempat. Sesuai dengan hadis mengatakan “sampaikan lah walau satu ayat”. 

Ana hanya hamba yang daif dalam memberikan seruan tetapi anggaplah is sekadar taujihad dari ana kepada semua teman disana.......insyaallah moga kita sama-sama istiqamah dalam perjuangan ini...........wasalam.