There was an error in this gadget

Tuesday, May 10, 2011

wajah yang menyenangkan...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualaikum semua sahabat sekalian ...

malam ini penulis ingin melakar sesuatu yang kadang-kadang kita anggap ia tidak penting tetapi padahal ia merupakan sesuatu yang penting..  pada pendapat semua sahabat wajah macam mana yang boleh membuatkan hati kita menjadi tenang?? kalau nak lebih jelas wajah siapa? agak-agak la bila kita bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali bagaimana agaknya persepsi kita kepada orang tersebut?? ada yang ingin berkongsi tak?? heheh nie yang buat penulis nak ketawa sebab rata-rata orang bila dia jumpa penulis dia akan cakap budak nie sombong la? betul tak sahabat semua?? isss garangnya kakak nie sapa dia 2? haha itu la contoh situasi yang penulis boleh kongsi sebab setiap orang mempunyai pendangan yang tersendiri.

Sebab itu  bagi penulis persepsi kita terhadap orang yang kita  temui bergantung pada wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukan lah terletak pada kecantikan semata-mata. walaupun setiap manusia mempunyai wajah yang berbeza dari rupa paras tapi perasaan seseorang itu lahir dari sanubari kita. Bagaimana wajah kita bila bertemu dengan golongan yang lebih tua agaknya la sama tak bila kita jumpa orang yang lebih muda dari kita.. Bagaimana pula dengan perbuatan kita, percakapan kita,senyuman kita adakah dengan wajah yang ceria atau bagaimana??

Semua manusia mempunyai kelemahan diri. Segala apa yang kita lakukan seharian akan diperhati sama-sama la kita mencuba perbaiki kelemahan diri. Jangan kerana kelemahan kita merasa lemah, rendah diri tanpa mencari solusi atau mencuba perbaiki kepada yang lebih baik.  sentiasa la niat bahawa setiap perbuatan kita, amalan dan apa yang kita lakukan dalam seharian adalah untuk Allah. Sesungguhnya mafhum dari Rasulullah SAW  "sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan". 

Senyum laa dalam semua keadaan sama ada ketika diuji ataupun didalam keletihan kerana itu lah kunci kepada sesuatu. senyuman boleh membuatkan diri  kita lebih yakin dan nampak ceria dan semua orang yang berada di sekeliling akan merasa senang dan gembira. Ia boleh menjadi penawar kepada ibadah malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah maka ia akan
menjadi ibadah sedekah. Kecerian adalah anugerah yang amat bernilai bagi manusia. Apabila kita ceria semua insan yang berhampiran dengan kita akan gembira dan tertawa inilah kunci sebenarnya sebuah kecerian. setiap wajah yang memandang kita akan merasa senang hati apabila kita ceria dan gembira. 

Apabila kita mengeluarkan kata-kata haruslah menggunakan kata-kata yang tidak meyakiti supaya tidak ada yang terluka. keluarkan lah kata-kata yang mampu membuatkan orang tersenyum gembira contohnya pujian dan sebagainya. dalam mafhumya surah al-baqarah ayat 38 yang berbunyi "ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia". Jagalah pakaian kita dengan cermat dan baik. sesorang induvidu harus menggunakan pakaian yang sesuai untuk ke destinasi yang dituju. persepsi orang yang melihat kita bergantung kepada pemakian kita sendiri. Setiap manusia suka kepada sesuatu yang cantik malah setiap yang memandang akan merasa bangga dan bahagia. kita sebenarnya mampu membuat semua orang senang bila melihat wajah kita. hanya kita yang mempu mengubah diri untuk menjadi orang yang terbaik. jika kita memberikan kebaikan maka kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan.

penulis memohan maaf seandainya nukilan malam ini ada kesilapan.. ini adalah teguran bersama kerana penulis juga mempunyai sifat-sifat yang perlu diubah jadi marilah kita bersama-sama mengubah diri kita untuk mejadi yang terbaik... menjadi insan lebih bermakna buat semua orang dan bernilai bagi orang yang berada disekeliling kita... selamat beramal semua sahabat.....syukaran..