There was an error in this gadget

Friday, November 5, 2010

kehilangan sahabat... kerinduan kian terasa


Assalamualaikum

kini ana kembali lagi diruang sepi ini... moga semua sahabat yang mengunjungi tidak Jajarkan ke Tengahbosan dan jemu membaca karya ini dan ia menjadi pedoman buat sahabat sekalian..... kenangan kita ............ ingat la selalu

kini sudah hampir 2 bulan ana berada di bumi Aceh pelbagai rintangan dan permasalahan yang terpaksa kami tempuh.. kalau kami ramai sebegini merasa susahnye bagaimana sahabat kami yang berada di yaman seorang diri tanpa mengeluh...dan pada waktu ini ana baru mengetahui bahawa manisnya sebuah kenangan yang ada.. setelah tamat di bumi nilam puri masing-masing membawa haluan menerjah arus tanpa jemu berkorban kerana ilmu rela berjauhan dengan keluarga dan siapa yang tahu tahun ini adalah perayaan pertama
ana tanpa keluarga disisi....namun teman masih ada disisi tetap bersama walau kadang kala pendangan berbeza berlaku pergaduhan tapi anggannya tetap sama...

Manisnya persahabatan andai difahami mankna dan erti sahabat..bumi aceh berbeza dengan bumi nilam puri pelbagai kekurangan yang ada siapa sangka ana akan tiba di bumi yang dipanggil padang jarak padang tekukur musnah akibat tsunami dibawa arus yang dahsyat. Bila ditanya kepada setiap sahabat (ANAK ACEH) yang dikenali di disini tidak kira umur pasti akan keluar jernih-jernih air yang sukar digambarkan oleh semua yang terselamat. Masing-masing akan terasa kehilangan sehingga tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu. semuanye menjadi syahdu dan sedih dan ana terfikir sekiranya malaysia juga ditimpa bagaimanakah sanak saudara disana ...subhanaallah moga dijauhkan. Kenangan pertama kali sampai disini sehinggalah bermulanye sesi kuliah dah pendaftaran kami menenpuh pelbagai ujian nasih baik ada sebilangan sahabat yang membantu tanpa jemu memberikan semangat, dorongan begitu juga dengan persatuan saling membantu walau masing-masing datang ke bumi aceh kerana mencari ilmu tapai itulah kelengkapan hidup...

Ana merindukan seorang insan bernama Nur Hidayah Ibrahim yang meninggalkan kami sebelum sempat berada di bumi Aceh merasai kehidupan melintasi arus di pulau yang dikelilingi oleh lautan siapa sedar dan siapa sangka kehilangan itu dirasai oleh semua sahabat lebih-lebih lagi ana selaku pemantau beliau ketika berada dalam dunia pentarbiahan subhanaallah hebatnye ujian. Kehilangan mengajar ana untuk menghargai semua sahabat sebelum terlambat andai ajal menjemput tiada seorang pun yang akan dapat menghalangi. Ana bertemu degan arwah buat kali terakhir di kuala lumpur ketika bersama-sama menyelesaikan visa untuk meneruskan perjuangan namun setiap perancanagn ada persetujuannya.

Pergorbanan yang diberikan begitu besar sehingga tiada ganti ... kehilangannye bagaikan kehilangan sebuah permata yang bernilai. Bila dihubungi oleh seorang sahabat betapa daifnye diri,rendahnya diri ana menangis teresak-esak sehingga ana terlupa bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnye. ketika itu ana masih lagi berada di Kuala Lumpur sedang menikmati juadah maklumla ketika itu bulan puasa. Tanpa menghabiskan sisa makanan ana terus memandu kereta cuba mencari tiket sekiranya masih ada namun harapan hampa allah sahaja yang tahu.. semuanya habis dijual memang tidak ada lagi tiketnye subhanaallah ujian buat ana.. sehingga la hari ahad baru ana kembali ke kelantan itu pun bersama deraian air mata rindukan sahabat yang sudah 4 hari disemadikan ditanah perkuburan pasir mas tapi kekesalan masih terasa keran tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir yang tinggal ada lah kenangan.

Pengalaman dan kenangan yang mengajar ana matang dan sedar erti kehidupan walau pun setiap peristiwa ada hikmahnya tapi doakan la moga ana sentiasa kuat..moga ana dan sahabat disini sentiasa berada dalam selamat dan dipermudahkan urusan....

perkhabaran ini sekadar ruangan hati agar ada persefahaman di antara kita bisa ditamatkan dan sekiranya wujud perasaan dendam maaf la wahai sahabat sekalian ana hamba yang daif terlalu daif dalam mengenal erti sebuah keakraban dan persefahaman kerana ana hanya la insan biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan inilah kelemahan ana.. sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat.


buat sahabat dikias teruskan perjuangan lupakan segala yang lalu bina lah keyakinan baru yang pergi biarkan pergi yang ada teruskan kehidupan...
untuk sahabat pmkias terima kasih diatas jasa yang diberikan ana menghargainya... mana yang lemah bersama la kita lengkapkan mana yang kuat kita tetap bersama mengejar cita... berpisah untuk bersama moga perpisahan ini memberikan kita erti rindu yang sebenar... rindu sebagai sahabat perjuangan... moga kalian memaafkan kedaifan ana sebagai hamba dan sahabat....

salam perjuangan buat kalian yang mengenali diri ini moga ceria selalu dan menghargai nikmat yang ada....

wasaalam