There was an error in this gadget

Saturday, July 30, 2011

Kalam sufi

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


Ibrahim b Adham berkata, seseorang itu tidak akan mencapai darjat kesolehan kecuali melalui 6 rintangan, iaitu :
1. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan (merendah diri)
2. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran.
3. Menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga (untuk beribadah)
5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan.
6. Menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap sedia menghadapi mati.
Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

RENUNGAN BUAT YANG INGIN MERENUNG

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabdaRasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan- kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam

Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU"

Monday, July 4, 2011

ketenangan..............

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

ya allah ku mohon agar kau ampuni segala dosaku ya allah....dalam mencari sebuah kehidupan cabaran dan dugaan silih berganti, masalah hadir tanpa dijemput dan pergi tanpa perintah tetapi manusia cepat rebah apabila ditimpa satu musibah subhanallah......karya ini ditulis bukan untuk merendahkan sesiapa tapi sekadar berkongsi rasa walau pembaca tidak mampu merasai tetapi cukuplah sekadar mengetahui betapa lemahnya hati apabila ditimpa satu dugaan.. setiap manusia tidak meminta dugaan yang datang dan dugaan itu hadir seperti angin.. akan ada badai yang melanda cuma kita sahaja yang mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi..menempuhi dan menghadapi setiap ujian yang melanda... kita sering menangis dan rasa teraniayai,tidak dihargai oleh sesiapa pun tapi siapa kita untuk memenuhi dan setiap keperluan orang lain.

setiap manusia ada kelemahannya tapi itulah kelemahan yang diberi anugerah yang tidak ternilai..doakan moga setiap keputusan yang dibuat tepat dan betul............