Saturday, July 30, 2011

Kalam sufi

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


Ibrahim b Adham berkata, seseorang itu tidak akan mencapai darjat kesolehan kecuali melalui 6 rintangan, iaitu :
1. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan (merendah diri)
2. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran.
3. Menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga (untuk beribadah)
5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan.
6. Menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap sedia menghadapi mati.

No comments:

Post a Comment