There was an error in this gadget

Sunday, April 7, 2013

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.        

Indahnya hair esok.......
Bismillahirahmanirahim....indahnya suasana pagi.. Aku tersenyum sendiri. Hajat untuk melihat matahari terbit tercapai Jua. Setelah seminggu bergelar isteri banyak yang perlu dipelajari. Dan aku terfikir seolah aku berada didunia yang baru, dunia yang tidal pernah aku kenali. Berkongsi segala2 bukankah itu suatu yang menyeronokkan bagi pengantin baru seperti  kami. Hani mermandang pada satu raut yang masih Lena seperti anak Kecil yang baru terlena Dari tidurnya. Hani tersenyum lagi.....

Tuesday, November 20, 2012

kehidupan baru...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualikum...

maaf kepada semua sahabat yang mengikuti blog ini...maaf juga kerana membisu terlalu lama... kini penulis bersama dengan dunia baru, tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa telahpun berjaya ditamatkan pada 20/9/2012 dengan jayanya. Dan kini aku kembali ke tanah air menjalani kehidupan sebagai seorang insan seperti insan yang lain, menjalani susur dan lapisan kehidupan yang terlalu mencabar. Dan kini aku mengakui bahwa kehidupan seorang pelajar lebih indah dari kehidupan bekerja. Tanpa sedar aku menanggung satu beban, satu rindu dan satu cinta kepada sahabat-sahabat dibumi aceh.. meninggalkan mereka dengan kehidupan mereka dan aku kini berada dibumi yang berbeza namun masih berada dibawah langit yang sama. kahadiran bebarapa insan yang tidak mampu dilupakan bukan sahaja hal2 yang mengembirakan kami kongsi, namun hal2 yang menyedihkan juga kami hadapi bersama. KEINDAHAN yang tidak mampu dilupakan nasi sebungkus boleh dirasakan  5 orang walaupun hanya beberapa suapan sahaja tapi ia amat mengeyangkan. 

Hampir setiap pagi aku memandang langit dan mengatakan aku rindu kalian, moga semua yang berada dibumi aceh sihat sentiasa, menjalani kehidupan dengan ceria, walaupun disana banyak duka yang kuhadapi namunnya hadirnya beberapa tangan yang membantu, memberikan kekuatan, sokongan dan perkongsian dan sehingga hari ini aku mampu berdiri. kata-kata indah seorang sahabat yang aku memanggil dengan nama manja sehingga aku mengganggap ia seperti ayah dan keluarga sendiri, mempunyai hubungan yang rapat tidak mampu aku lupakan sehingga hari ini. Dan aku yakin dia mampu menjadi seorang yang berjaya kelak. dan aku sebagai sahabat hanya mendoakan dari jauh... indahnya bumi aceh membuatkan aku rindu, rindu yang terlalu indah... rindu yang luar biasa, rindu kepada keadaan, rindu kepada suasana, rindu pada yang nyata sehingga rindu itu menjadi satu lafaz yang mematikan sinar indah....

tekun dan sabarlah menghadapi dunia baru...buat anak-anak umi kekuatan dalaman itu terlalu penting... kuatkan hatimu duhai anak, kamu mampu melalukan yang terbaik..umi sentiasa ada disisi, dan ingatlah bahwa   
apa yang umi bekalkan sewaktu hari-hari terakhir kita, ingat kenangan dan memori kita bersama, dan apa yang perlu kamu tahu setiap detik dan setiap saat umi tidak pernah melupakan kalian... sentiasa tidak pernah, didalam setiap doa nama kalian sentiasa ada... dihati umi cuma ada satu permintaan, bacalah amanah umi disaat kalian rindukan umi....ia amat berguna untuk kalian, amalkan lah.....umi tak mampu beri yang lebih baik dari itu...apa yang umi tinggalkan dengan kalian gunakan kenangan itu sebaik mungkin, jadikan ia sebagai rindu dan ukhuwah kita sebenar, disaat umi menulis kata-kata ini, umi terlalu rindukan kalian.... percayalah akan ada waktu untk kalian...setahun itu hanya sementara kalau umi mampu, insyaallah anak umi juga mampu..kuatkan hati...banyakkan baca al-quran.. insyaallah apa yang baik datangnya dari allah dan apa yang kurang umi minta maaf itu adalah kelemahan umi...







Tuesday, July 17, 2012

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


kini aku kembali normal... memikirkan kejadian alam yang allah berikan sebagai tempat persinggahan sementara, dan bermulanya hari ini dan bermulanya perginya seorang teman  sebuah kehilangan membuatkan penulis lebih yakin dan banyak mengajar penulis erti hidup, mungkin hari ini penulis tidak ingin menyatakan bahwa rindu itu telah hilang, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terletak dalam hati penulis. kehilangan seorang sahabat karib yang juga seorang peneman hidup, banyak memberikan dampak atau kesan yang teramat menghayat hati tapi kita selaku manusia harus mengetahui bahwa kehilangannya bukan kerana salah sesiapa tapi kerana allah telah menjemputnya untuk tinggalkan dunia sebagai tempat persinggahan dan kembali pada tempat yang asal kejadian manusia. walaupun kehilangannya sudah agak lama hampir 8 tahun tapi penulis merasakan teman itu tetap dihati. walau tak dapat bertemu lagi. Dan penulis mohon maaf seadainya ruagan ini tidak memberikan manfaat atau tidak memberikan info sebagai mahasiswa islam. Sebab bagi penulis blog ini cuma sekadar diari untuk penulis luahkan perasaan rindu penulis kepada sesiapa yang penulis rindukan. Namun, pada petang ini penulis merasakan tangan ini laju untuk menulis sesuatu manakala keybord laptop menerima dan cuba menaip berdasarkan gerak hati dan pemikiran penulis. walaupun penulis merasakan bahwa mungkin kata-kata yang diluahkan hari ini tidak menjawab persoalan dan mungkin pembaca yang membaca ruangan ini dan sentiasa mengikuti perkembangan penulis akan  merasakan pelik malah tertanya-tanya apa yang penulis cuba sampaikan. 


semangat yang telah hilang mula dikuatkan dan dikumpulkan untuk tempuh hari yang lebih mencabar... pada dua cerpen dibawah penulis merasakan perlu membuat ulasan sebab penuls merasakan mungkin pembaca semakin pelik dan tertanya apa yang cuba penulis sampaikan pada ruangan ini. Insyaallah bila penulis berkelapangan penulis akan cuba mengarang kembali dengan idea-idea dan cerita-cerita yang menarik. setelah melihat pantai hari ini penulis merasakan perlu adanya ketenangan jiwa, penyucian hati kerana masalah-masalah yang menganggu otak kiri dan otak kanan makin berleluasa. Adakala kita perlu menagis bila kita rindukan sesuatu... heee itu jee cara yang lebih baik tapi bila kita rasa rindu sangat lebih baik baca quran. Kita tidak menduga apa yang allah berikan dan Allah tentukam untuk kita apa yang penting semua kehendak allah kita pasti redha itu adalah ketentuan ilahi. Dan kita juga kena menerima bahwa apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah maha melihat lagi maha mendengar, dekat kan diri padanya.. kuatkan iman, kuatkan hati, kuatkan semangat dan selamat menyambut bulan ramadhan...

Sunday, July 1, 2012

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

ermm sy tau laa putere rindu tuan putere tp jangan la sampai tak nak makan, susah hati puteri tau tak........janganlah putere merajuk nanti kita jumpa sama-sama la.. sekarang putere kena makan dulu nanti putere sakit macam mana dengan puteri, puteri mana ada kawan, putere la tempat puteri sembang boleh laa putere jangan merajuk makan sikit jee..jangan tak makan langsung...puteri banyak keje, sekarang puteri sibuk sikit tak sempat nak sembang dengan putere.......maaf yee kita makan yeee..........

 memandang kura-kura dengan pandangan sayu..hatinya resah, sedih dan pilu...entah kenapa tiba-tiba putere tak nak makan, mungkin sebab merajuk atau sakit atau rindu dengan tuan lamanya... sedikit sebanyak perasaan sedih, mata nik berkaca sayu hati memikirkan bagaimana kalau kura-kura kesayangannya mati, apa harus dijawabnya.. allahuakbar moga-moga tidak sampai tahap itu....
********

pagi rabu yang pilu, aku bangun dipagi hari, tidurku tidak nyeyak, mandi ku tidak basah, makanan yang ku beli tidak mampu untuk ku telan, hanya allah yang tau......aku mengatur langkah ke kuliah, harian rutinku harus aku lakukan, hidupku harus ku teruskan namun aku tidak sekuat seperti yang kau lihat, akhirnya aku rebah sipangkuan seorang kawan, apabila aku sedari diriku sudah terbaring di hospital zainab, kepala ku sakit....saat aku berpaling aku melihat seorang teman, ya allah apa dah jadi....saat itu aku mula mengingati kembali, mungkin kesan daripada sudah beberapa hari tidurku tidak lena......tekanan darahku turun namun aku tersenyum lalu ku ucapkan selamat tinggal sahabatku...selamat kembali lagi....
********
dipagi khamis ketika tengah bersiap untuk ke kuliah hatinya terdetik macam mana keadaan putere, nik mengambil bekas putere, dia senyum apabila melihat putere mula bermain, putere merupakan kura-kura yang terlalu manja, mahu dibelai, malah kadang-kadang apabila melakukan sesuatu kerja kura-kura diletakkan dihadapan atau diatas laptop supaya kura-kura boleh bermain dan melihat puteri.. itulah perkara yang paling manja..tapi rindu dihati tiada siapa yang tau....rindunya hanya allah yang tau tapi rindu itu terbuku dihati tidak mampu diluahkan, hanya titisan air mata menjadi peneman dan hari-hari yang dilalui adalah sungguh suram, gelap hanya kura-kura menjadi peneman......itulah satu rindu yang hanya mampu dilakar dikamar hati tidak mampu untuk dikatakan, dikhabarkan atau disampaikan.....namun satu yang ku tahu hanya jarak yang memisahkan kita namun kita tetap memandang langit dan bintang yang sama......
********
di pagi jumaat aku mula melangkah ke pustaka, aku melihat  tempat yang menjadi sejarah, tempat yang menjadi satu kenangan, aku tersenyum bangga...aku cuba melupakan tapi semakin aku melupakan semakin hampir kenangan itu ya allah...kenapa aku harus diuji begini, aku melihat sebuah kata-kata yang berbunyi " saudaramu yang sebenar ialah orang yang selalu  menolongmu (diwaktu susah dan senang) dan ia sanggup berkorban karena memberi manfaat kepadamu, sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya karena menolong engkau dalam manghadapi bala dan ujian) (saidina ali bin abi talib)."air mata yang ku tahan untuk tidak menagis lagi kini mengalir kembali sehinggalah satu suara  berbunyi 

assalamualikum, nik awaitnya?? bakpo muka mu niee sedih giler....mata mu 2 jerik ko.....???
wasalam hahhah mana sedih ada mata aku niee kea sakit...........spek x bowok, malas nak paka, hehhe mata nie pedih laaa biasa laa mengadap laptop lama-lama mace mu tak tau lagi...nyoo tanya bulih...
ye ko nik??? hahha mu nok nipu aku ko??
mana ado tipu tehah wehh aku x de nak nipu banyok kijo kena mikir niee....?? mana syawal???? mu tak mari sekali koo???
heheh ado dok luar lagi, jap lagi dia masuk??? eeee mu niee ingat aku sain dengan mu dua hari koooo??
alahh gege la mu niee, aku sepak baru tauuu... dok diam laa aku nok buat ayat nie....nanti la aku oyak ko mu eeeee sibuk sungguh la...........okeyyy..... 
hahha nie aku semangat niee..wokeyyy aku tunggu........
weehh syawal...apasal laaa mu nie janji dengan aku pkul 9 tapi 9.30 baru bangun nk kena nieee..mana hadis mu suh cari???
niee nik......mari cari buku shahih bukhari, muslim dan fathu bahri meta dok mana nik???
hahhaha rak belake laaa.....hujung sekali...gi laaa
mari laa takut akuu....nak manja sikit niee
alohhhhhh nyepak keaa mari laa isssshhh mu nie mace ore tino n0k manja-manja plok.... mace-mace laaa

pencarian hadis ini sehinggalah tamatnya sesi fotocopy pkul 11 dan kami meninggalkan ruang pustaka ke ruang makan sambil makan kami berborak banyak benda, hal persahabatan, gurau senda dan disitu lah aku melihat aku melihat pasangan sahabat yang akrab, tiba-tiba aku teringatkan sahabatku kembali, sayu hati, mata ku berair tapi aku cuba sembunyikan suara hati agar hanya aku yang tau, subhanallah maafkan aku, aku bukan ingin merinduimu tapi rindu itu hadir sendiri, bukan aku sengaja untuk melahirkan perasaan rindu tapi aku juga insan yang baru mengenali perasaan rindu dan allah sahaja yang tau.............. aku melihat dengan pendangan yang sayu, sentiasa tersenyum didepan semua orang, aku tetap berlagak selamba, moga allah ampunkan aku sebagai hamba yang kerdil... 

setelah sampai ke jalan untuk ke rumah sewa aku menangis lagi, walau tadi menahan sebak, menahan rasa pilu tapi setelah kawan hilang dari pandangan, aku menangis hanya aku yang tahu perasaan ketika itu, biarlah ia terlukis dikamar hati tanpa diluahkan, dan aku nekad untuk berhenti sms dan call. cuba menghilangkan diri  buat seketika, mungkin dia telah melupakan aku, namun apabila aku melihat pondok kami ,aku terduduk disitu.....lama terduduk disitu, walau matahari memancar, bahangnya terlalu kuat terasa tapi terasa begitu sejuk... hampir setiap petang aku membawa kura-kura pondok usang itu....itu lah satu-satu kenangan...dan sehingga kini sudah dua hari aku tidak keluar rumah....serangan jantungku makin menjadi-jadi.hampir setiap malam jantungku sakit, terpaksa menelan ubat, supaya bertahan, mungkin bertahan untuk sementara, dan aku tidak tau sampai bila ubat ini harus bertahan...moga-moga aku diberi kekuatan... 
*********
isnin, 02/7.2012 itu lah satu rindu yang mampu diluahkan........ini cuma satu kisah tidak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati..............dan apa yang sedih putere semakin sakit...matanya tidak mampu dibukak lagi, besok bermulanya untuk mencari pasangan baru buat putere, mungkin dia juga perlukan kawan, dan besok aku mula mengatur langkah untuk ke kuliah, dan mencari teman untuk putere dan membawa putere ke rumah sakit atau pakar haiwan.............yess moga misiku berjaya, aku akan perjuangkan, aku akan menjaga sebaik mungkin untuk putere, aku tidak akan give up untuk menjaga putere, dan aku perlu bertahan untuk pastikan putere sihat kembali....walau aku tidak mampu menolak takdir allah..... walau itu adalah ketetapan tapi aku akan berusaha selagi aku mampu, putere tidak akan aku tinggalkan.......maafkan puteri yee putere...




Thursday, June 28, 2012

DIARI PUTIH EDISI 1

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

"ehhh kau tengok kura-kura tue cantik laaaa kita beli nak?"
 "eeehh kau nk buat apa???? eeee x nak laa aku geli laaa kecik plok 2 kau biar betul"
"apa plok?? betul laa aku nak beli kura-kura tue" boleh laaa"
"ermmm ikut laa.....  aku x pee tapi aku cakap awal-awal aku x nak jaga hehehhehhe, kalau kau nak kau "sendiri jaga, kalau kau x nak jaga siap laaaa"
"hehheh okeyyyyyy terima kasih"

aku tersenyum sendiri, nuha seorang kawan dari kecil dan merupakan kenalan dan juga jiran, kami juga dikenali seperti belangkas, selalu berdua dan melakukan sesuatu semestinya berdua, kadang-kadang kami juga dikatakan kembar sebab selalu beli barang yang sama, kalau hanya barang x pe tapi semua warna, bentuk, jenis memang akan sama. malah keluarga pun apabila membeli atau memberi hadiah mesti sama sebab tak nak kami dengki...dan nuha seorang yang memahami, selalu memahami dia adalah kawan yang ketika senang sahaja malah ketika susah, bila ada kekurangan dan timbulnya permasalahan dia akan menjadi pendamai sebab dia memiliki sikap yang terlalu sabar. walau dia seorang yang tegas dalam berorganisasi tapi dia seorang yang berjiwa masyarakat. dan aku senang berkawan dengan nuha sehingga lahhhh...............
suatu saat aku kehilangannya......

ketika kami sedang bermain basikal, tiba-tiba serangan asma. kami membawanya ke klinik, doktor berusaha untuk menyembuhkannya, dan hari itulah hari malang buat kami, nuha disahkan menghidapkan penyakit luekimia, dan bermula hari itu dia tidak lagi bersamaku, selalu bersendiri, keceriannya hilang, malah kami selalu gaduh, malah ada saja yang tak kena. aku selalu menangis, kadang-kadang menahan sabar apabila dimarahi, walau masalahnya kecik dia seolah-olah hilang kawalan. aku dan familynya buntu dan kami memahaminya, rambutnya yang penjang, lebat kini sudah tiada lagi. semakin hari nuha semakin kurus, mukanya semakin pucat, setiap bulan kami membawa ke hospital, dan aku sebagai rakan yang akrab cuba untuk memberi semangat dan sabar. memang sejak peristiwa itu seolah-olah hilangnya Nur Nuha Najihah.. kekuatan nuha mula hilang, sekarang nuha bukan lagi nuha dulu, ramai kawan-kawan yang mula menjauhkan diri darinya sebab selalu dimarahi, kadang-kadang aku juga hilang sabar, malah pernah menaikkan suara... disetiap solat aku menangis agar dia sembuh dari penyakitnya.

setelah 8 bulan lamanya nuha hadapi penyakit, kepalanya mulai botak, dia menangis semahunya, tapi semua itu adalah ketentuan. sehingga laa penyakitnya tidak mampu lagi untuk diubati. sehingga laa suara itu masih segar dalam ingatan, dan aku tidak melupakan walau sesaat........

"nik, nuha betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, nuha tak pernah untuk marah pada sesiapa, nik kena faham nuha sayang nik, nuha x de kawan yang lebih rapat dari nik, nik je satu-satunya kawan yang nuha dan sabar dengan nuha. nik bukan sahaja kawan nuha tapi saudara yang rapat dengan nuha setelah family nuha. nuha hargai apa yang nik buat, dan nuha nak nik faham walau apa pun yang berlaku nuha tetap sayang nik, terima kasih sebab nik sabar melayan nuha sepanjang 9 bulan ini. tidak ada kawan yang boleh sabar dengan keadaan nuha selain nik....lakukan yang terbaik pmr nanti, nuha tau nuha tak sempat untuk habiskan, nanti kalau nuha x de nik jangan nangis tauu....letakkan nuha pada hati nik yeee, jangan lupa walau sesaat..

nuha??? kenapa cakap macam tue..nik x suka laa, awak akan sembuh. percaya laa, nik akan cuba buat terbaik untuk nuha, nuha pun tau kan nik sayang nuha, tak kira macam mana nuha, nik tetap sayang, sebab nuha selalu jaga nik, saat nik perlukan seseorang nuha x pernah tinggalkan nik, nik tak nak sapa-sapa selain nuha....nik nak nuha senyum comel2 lepas 2  nik nak bawa nuha jalan-jalan, ermmm dh lama nuha x jalan-jalan dengan nik hehhehhe kali nieee nik x kira nuha kena ikut nik...tak mau la sedih-sedih macam niee, nik keluar sekejap dahaga laa nak cari air milo jap hehhe nuha mesti nak kan..............sekejap tauu....

aku keluar dari bilik itu, dengan laju air mata mengalir, aku mampu menahan sebak tadi tapi kenapa aku tak mampu menahan sebak sekarang, aku menangis teresak-esak, ya allah kau sembuh kan nuha, aku tak sanggup kehilangannya...suara hatiku berbisik, dan aku tau sememangnya nyawa nuha dalam bahaya, luekimianya semakin kearah negatif, aku perlu menahan sebak supaya nuha tidak melihatku sedih, kalau dia tengok aku lemah dia akan turut lemah, tapi bagaimana aku nak buat kuat sedangkan hatiku sendiri lemah, ya allah kau berikan ku kekuatan setiap kali aku melihatnyaa........hampir 15 minit aku menangis disitu.. lalu aku aturkan langkah ke kantin........lalu aku menuju kembali ke kamar itu....







Saturday, June 23, 2012

pergilah cinta, pergilah rindu maafkan ku....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.
   

aku memandang langit..........bintang kelihatan menari, menyanyi, aku juga ingin menjadi seperti bintang, aku juga ingin riang dan menyanyi seperti bintang tapi apakan daya keluhan demi keluhan aku keluarkan...aku memandang cincin yang berada dijariku........memandang dengan pandangan yang sayu...sepi, resah dan kecewa..aku memandang mesej yang tertera di skrin telefon air mataku mengalir lagi......

" demi allah, ana nyatakan bahwa ana tidak mampu meneruskan hubungan ini, ana rasa dipermainkan, memang ana pernah mengatakan ana amat menyintai kamu, kerana engkau beri arti hidup, tapi ana minta maaf ana tak mampu untuk menyintaimu lagi, apa yang kamu lakukan amat menyakiti hatiku sebagai lelaki.... 

aku tersenyum mungkin cinta kau bukan untukku.... aku memandang sayu, mungkin ini ujianku, aku tidak pernah mengenali cinta tapi aku bangga kerana kau membuatkan aku mengenali dunia cinta, walau sekejap, walau engkau bukan untuku tapi aku berharap kau bahagia, mungkin kita pernah rasa tentang cinta,yang takdirnya bukan untuk kita,seandainya rindu untukku, maafkan ku..........duhai bintang sambutlah rinduku..... moga kau bahagia....

aku akan tersenyum....carilah yang lebih baik dariku.....maafkan aku....doakan ku disini....mg kau selamat disana izinkan aku merindu mu buat seketika..... aku ku hilangkan namamu dalam hatiku, akan ku hilangkan rinduku untukmu, akan ku cuba hapuskan kenangan dengan mu.....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


terima kasih sahabatku, hadirmu berarti bgku... kau datang menghulurkan tangan saat 

aku jatuh, kau bersama denganku saat aku menangis, 

kau menerima ku dengan segala kekuranganmu

 tanpa kau mengenali aku,

kau cuba untuk memahami, mengenali sehingga perasaan sayang itu telah ku abadikan
 dalam hati

kau menghilangkan perasaan resah, sedih, dan kecewa,

kau kembalikan senyuman aku yang telah hilang, kau memberikan aku kata2 semangat 
yang tdk pernah kau berikan pada insan lain, 

tapi perasaan itu tidak mampu aku luahkan, sayu hatiku meninggalkan kau pergi
janjikan dirimu semoga dekat dengan ku, jangan sekali-kali meninggalkan ku

kau sambutlah rindu ku

kerana suatu hari nanti kita akan berpisah

berpisah dengan membawa arus sendiri

abadikan namaku dalam hatimu.....mengenalimu sebagai anugerah bagiku

ku hadiahkan lagu ini untukmu dengarkan lah agar kau mengetahui bahwa rindu akan
 sentiasa bersamamu dan doaku akan ku hadiahkan padamu 

Lagu : Sahabat
Penyanyi : Najwa Latif
Chord By : Open Blogger

Intro: C Em F G

C              Em
kau ada dikala ku suka
          F
dikala ku duka
       G
setiap tangisan dan juga ketawa

C              Em
kau ada dikala ku perlu
              F
setia menemaniku
                     G
pegang erat tanganku bila aku jatuh

C
kau lah yang selalu
Em
slalu menemaniku
F                     G
mendengar kisah pahit manis hidupku

C
kau lah yang disitu
Em
setia menungguku
F
kaulah yang satu
G
menjadi sahabatku

C Em F G

C                    Em
ku tahu ku kan slalu ada
     F
pada dirimu
       G
dan ku harap kau juga rasa begitu

C
kau lah yang selalu
Em
slalu menemaniku
F                     G
mendengar kisah pahit manis hidupku

C
kau lah yang disitu
Em
setia menungguku
F
kaulah yang satu
G
menjadi

C
kau lah yang selalu
Em
slalu menemaniku
F                     G
mendengar kisah pahit manis hidupku

C
kau lah yang disitu
Em
setia menungguku
F
kaulah yang satu
G
menjadi sahabatku



Thursday, March 15, 2012

HARAPAN DAN IMPIAN

edisi satu

kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualikum....

Buat sahabat dengan barokahnya semoga semua dalam keadaan gembira dan ceria selalu, dirahmati dan dihargai oleh insan-insan yang kita sayangi. pada kali ini ana tidak merancang untuk menulis sesuatu yang luar biasa cuma ingin berkongsi sedikit cerita. saya merupakan anak yang ke 12 dari 13 adik beradik dilahirkan di kampung telosan. dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan penuh perasaan kasih sayang dan setiap anak yang dilahirkan diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain putih supaya lukisan yng dilukis kelihatan cantik dan menarik.cuma dalam merialisasikan sebuat impian dan sebuah harapan ana gagahi sampai hari ini, walau banyak dugaan yang harus ditempuh, cabaran yang datang tanpa dijemput sehingga satu saat ana kehilangan ayah tercinta ketika ana masih diawal pengajian dikias. namun ana tetap gagahi dengan berkat doa dari ibu yang tercinta kini ana hampir selesai merialisasikan kejayaan tersebut. walau ada perasaan sakit yang harus ditanggung tanpa diduga setiap yang berlaku ada hikmahnya... subhanaallah cantik apa yang Allah telah aturkan...kadang-kadang kita tersungkur dan apabila tersungkur kita kena berusaha untuk bangkit kembali. kita tidak akan  berjaya tanpa adanya usaha begitu juga bila kita ingin mencapai setiap yang kita hajati. setiap keinginan harus diiringi dengan usaha dan usaha yang ada akan menentukan setiap apa yang kita lakukan, tapi sebagai hamba yang serba kekurangan jangan melupakan konsep doa dan tawakkal. 

sepanjang ana berada diaceh, hati terdetik ingin pergi tempat yang lebih jauh disuatu tempat yang tidak ada yang mengenali...supaya setiap kedukaan yang berlaku diaceh dapat ana lupakan. walau ana sering tersenyum memandang orang dengan penglihatan yang sama, sering tertawa, membantu setakat termampu tapi semakin hari ana semakin dilupakan. bukan pembalasan yang ana inginkan cuma kekuatan nilai sebuah kawan yang ana cari sebuah keikhlasan yang ana pinta. ana juga punyai masalah yang tersendiri yang ana tak mampu untuk diluahkan, ana perlukan masa untuk sendiri dan berseorangan. Mungkin sahabat yang membaca karya ini seolah-olah tertanya-tanya kenapa ana menghilang terlalu lama dan kini muncul dengan sebuah kisah yang menghayat hati........ allahukhabar laungan takbir ana laungkan supaya ana menjadi orang yang terlalu sabar dalam menghadapi manusia yang penuh ragam. Ana memahami setiap orang, mempunyai ragam yang berbeda cuma kita sebagai kawan harus memahami kawan yang lain. Kalau kita inginkan kawan ketika sedih dan senang kita kena menjadi kawan sebaik-baik kawan. ini bukan sebuah sindiran tapi sebuah kenyataan. dan ini bukan suatu perkara yang perlu diungkit cuma sebagai satu kata-kata yang harus ana telan sepanjang ana mencari sahabat yang boleh ana jadikan sahabat ketika ana memerlukan dan meluahkan rasa kepahitan dan menelan setiap kisah duka dan menghilangkan sikap amarah dalam dada.

karya ini ada edisi-edisi yang tertentu kalau ingin tau lebih lanjut tunggulah pada karya yang akan datang....