There was an error in this gadget

Tuesday, July 17, 2012

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


kini aku kembali normal... memikirkan kejadian alam yang allah berikan sebagai tempat persinggahan sementara, dan bermulanya hari ini dan bermulanya perginya seorang teman  sebuah kehilangan membuatkan penulis lebih yakin dan banyak mengajar penulis erti hidup, mungkin hari ini penulis tidak ingin menyatakan bahwa rindu itu telah hilang, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terletak dalam hati penulis. kehilangan seorang sahabat karib yang juga seorang peneman hidup, banyak memberikan dampak atau kesan yang teramat menghayat hati tapi kita selaku manusia harus mengetahui bahwa kehilangannya bukan kerana salah sesiapa tapi kerana allah telah menjemputnya untuk tinggalkan dunia sebagai tempat persinggahan dan kembali pada tempat yang asal kejadian manusia. walaupun kehilangannya sudah agak lama hampir 8 tahun tapi penulis merasakan teman itu tetap dihati. walau tak dapat bertemu lagi. Dan penulis mohon maaf seadainya ruagan ini tidak memberikan manfaat atau tidak memberikan info sebagai mahasiswa islam. Sebab bagi penulis blog ini cuma sekadar diari untuk penulis luahkan perasaan rindu penulis kepada sesiapa yang penulis rindukan. Namun, pada petang ini penulis merasakan tangan ini laju untuk menulis sesuatu manakala keybord laptop menerima dan cuba menaip berdasarkan gerak hati dan pemikiran penulis. walaupun penulis merasakan bahwa mungkin kata-kata yang diluahkan hari ini tidak menjawab persoalan dan mungkin pembaca yang membaca ruangan ini dan sentiasa mengikuti perkembangan penulis akan  merasakan pelik malah tertanya-tanya apa yang penulis cuba sampaikan. 


semangat yang telah hilang mula dikuatkan dan dikumpulkan untuk tempuh hari yang lebih mencabar... pada dua cerpen dibawah penulis merasakan perlu membuat ulasan sebab penuls merasakan mungkin pembaca semakin pelik dan tertanya apa yang cuba penulis sampaikan pada ruangan ini. Insyaallah bila penulis berkelapangan penulis akan cuba mengarang kembali dengan idea-idea dan cerita-cerita yang menarik. setelah melihat pantai hari ini penulis merasakan perlu adanya ketenangan jiwa, penyucian hati kerana masalah-masalah yang menganggu otak kiri dan otak kanan makin berleluasa. Adakala kita perlu menagis bila kita rindukan sesuatu... heee itu jee cara yang lebih baik tapi bila kita rasa rindu sangat lebih baik baca quran. Kita tidak menduga apa yang allah berikan dan Allah tentukam untuk kita apa yang penting semua kehendak allah kita pasti redha itu adalah ketentuan ilahi. Dan kita juga kena menerima bahwa apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah maha melihat lagi maha mendengar, dekat kan diri padanya.. kuatkan iman, kuatkan hati, kuatkan semangat dan selamat menyambut bulan ramadhan...

1 comment:

  1. assalamualaikum..slmt menyambut Ramadhan cik ma ter..sht ko..

    ReplyDelete