Tuesday, February 7, 2012

pengurusan masa dengan baik....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.



Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 33-34:

Maksudnya: "Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberi kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya."

              Kejayaan seseorang individu adalah bergantung kepada usahanya ke arah menyempurnakan segala tanggungjawab dalam pelajaran, dakwah, keluarga dan masyarakat. Seseorang individu mungkin sibuk dalam kehidupannya dengan berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab. Walau bagaimanapun, dalam menyusun atau memprogramkan kehidupan, seseorang individu itu hendaklah menjaga keseimbangan aktiviti seperti mengambil perhatian terhadap study, menyempurnakan kerja-kerja dakwah dan jemaah, berinteraksi dengan masyarakat dan mewujudkan suasana yang solihah dalam rumah (keluarga).

Secara umum, pengurusan diri yang baik adalah berhubungkait dengan :

1)   Perancangan yang rapi
2)   Pengurusan yang teratur
3)   Pemikiran yang tajam
4)   Pengawalan yang bijaksana

Persoalan pengurusan diri bukanlah perkara baru. Ianya telah ditekankan sejak kewujudan manusia itu sendiri. Seluruh para nabi serta ayat-ayat Al-Quran banyak mangajar kita tentang perkara ini.

1. PERANCANGAN YANG RAPI

 Bertitik tolak dari Al-Quran dan Sunnah serta ungkapan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa perancangan yang rapi adalah merupakan intipati kejayaan diri seseorang induvidu dalam hidup.Rasulullah SAW membahagikan masanya secara cermat. Sebahagian untuk orang umum, sebahagian untuk orang-orang khusus, sebahagian beribadah kepada Allah dan sebahagian untuk keluarga. Imam Al-Ghazali merancang masa malamnya dengan membahagikan kepada tiga bahagian yang umum iaitu 1/3 untuk mentelaah kitab, 1/3  untuk beribadah  dan 1/3 untuk tidur.



2. PENYUSUNAN / PENGURUSAN YANG TERATUR

    Masa perlu diurus kerana  :

a)    Mengawal masa

     Dengan adanya jadual waktu, masa anda selama 24 jam sehari semalam dapat digunakan semaksima yang mugkin. Anda dapat mengelakkan diri anda dari membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak banyak memberi faedah.

b)    Menjimatkan masa, usaha dan tenaga.

  Dengan adanya jadual bertulis, anda akan menyedari kerja-kerja yang perlu diselesaikan satu-persatu secara terancang.

c)     Melatih menggunakan waktu secara matang.

   Jadual waktu akan melatih anda menggunakan masa yang ada secara terancang untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia juga akan melatih anda mendahulukan perkara-perkara yang terpenting dari yang kurang penting.

d)    Mengelakkan berlakunya "symptoms" kelam kabut.

 'Symptoms' ini sering berlaku dalam keadaan yang terlalu banyak tanpa penyusunan yang rapi dan meletakkan diri dengan berbagai-bagai tugas sebagai amalan biasa.


3. PEMIKIRAN YANG TAJAM

Perkara yang perlu diambilkira:

a)   Kita hanya mempunyai beberapa jam dalam sehari.
b) Kita hanya memiliki tenaga fizikal dan mental yang terhad dalam sehari yang boleh digunakan. Oleh itu, dengan menumpukan tenaga dan usaha dalam priority yang terancang akan memastikan tenaga yang terbuang dengan sia-sia menjadi semakin berkurangan.

Beberapa persoalan untuk diri sendiri:
a) "Apakah yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak dilakukan langsung?" Jika jawapannya "Tidak ada apa-apa yang akan berlaku"- maka STOP!!"

b)  "Perkara yang manakah dalam senarai aku yang boleh dilakukan oleh orang lain dalam standard yang sama atau lebih baik lagi?" Jika jawapannya "Ada" – Serahkan kepada orang lain!!!



4. PENGAWALAN YANG BIJAKSANA

Pengawalan yang kemas dan bijaksana akan menentukan berjaya atau gagalnya urusan harian kita. Sifat tegas dan berpegang kepada perencanaan dalam peringkat ini sangat penting. Kelalaian dalam ketegasan ini akan menyebabkan:

a)    perkara yang tidak siap
b)    banyak berlaku perkara yang tidak jadi
c)     urusan yang banyak tangguh
d)     fikiran pening dan fizikal yang letih

  PENUTUP

Islam telah mengajar kita dalam persoalan ini sejak bermulanya dakwah itu sendiri. Malangnya, umat Islam pada hari ini mengabaikan rasa tanggungjawab untuk menguruskan kehidupan dengan teratur disebabkan kelalaian mereka sendiri. Akibat daripada itu:

a)        umat Islam mundur dalam kemajuan moden
b)        Barat mengambil konsep ini dan seterusnya mencanggihkan pendetailannya dalam kehidupan mereka.
c)        Kita terpaksa akur dengan kebolehan mereka dengan mengambil beberapa konsep dan model yang terbukti kejayaannya
d)        Menterjemahkannya semula kepada konsep tersebut dalam kehidupan mengikut penyesuaian kita.

Hadis Rasulullah SAW:

نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ




No comments:

Post a Comment