Sunday, October 17, 2010

TABIAT-TABIAT KEPIMPINAN

1. Tahu akan kegunaan masa anda. Jangan biarkan masa mengawal anda. Sebaliknya anda yang mengawal masa dengan menggunakan setiap saat untuk kerja-kerja Islam.

2. Fokuskan kepada keputusan yang jelas. Berikan perhatian kepada hasil yang akan diperolehi daripada kerja yang hendak dilakukan . lihat disebalik kerja anda dan kearah matlamat anda.

3. Bekerja dengan kekuatan bukan kelemahan. Hal ini termasuklah diri anda dan sahabat anda. Akui kekuatan dan kelemahan anda serta bersedia menerima kelebihan orang lain tanpa berasa kedudukan anda terancam.

4. Berikan perhatian kepada beberapa perkara dimana kerja keras yang berterusan akan memberikan hasil yang cemerlang. Lakukan perkara ini mengikut keutamaan yang telah ditentukan.

5. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah denagn meletakkan cita-cita yang tinggi dan jangan hadkan matlamat anda hanya kepada perkara yang selamat dan mudah sahaja. Jangan bimbang dan takut selagi anda bekerja untuk Allah.

No comments:

Post a Comment