Tuesday, June 7, 2011

Menerjah Arus............


Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Assalamualikum kepada semua pembaca sekalian...terima kasih diatas setiap sekongan dan dorongan... dalam menghadapi setiap liku-liku di bumi aceh...pelbagai perasaan dan masalah yang timbul tetapi siapa tahu dan siapa duga apa yang berlaku ada hikmahnya. Hanya doa seorang ibu yang masih kekal sebagai kekuatan utama walau kadang kala terpaksa mendahulukan apa yang lebih penting dari yang penting. Dan kini penulis merasakan hari yang dilalui semakin mencabar. Kalau seseorang yang tidak mampu mungkin kini sudah tersungkut tetapi dengan adanya sokongan dari bebarapa orang yang penting kini penulis yakin cabaran dan ujian adalah untuk mematangkan dan untuk memberikan persediaan yang lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih kuat. Walau kadang-kadang penulis merasa teranianya dengan perihal dunia tetapi inilah lumrah kehidupan setiap apa yang berlaku ditempuh dengan penuh redha subhanaallah hanya itu sahaja yang penulis mampau katakan sebagai orang yang sering diuji... sememangknya bibir mudah mengatakan sabar tetapi hati yang merasa terlalu payah untuk dihadapi... segala permasalahan yang berlaku dianggap suram dan menyakitkan tetapi itulah arti ujian yang sebenar... tidak ada sesuatu ujian tanpa hikmah.. dan tidak Allah menguji seseorang dengan sesuatu perkara yang melebihi kekuatan seseor ang induvidu... nikmat hanya dirasai apabila seseorang itu sabar dalam menghadapi ujian tersebut.. dan tidak semua orang terpilih dalam merasai ujian tetapi hanya beberapa insan yang terpilih itu lah perkara yang telah menjadi arus kehidupan malah menjadi suatu perkara yang wajib bagi hambanya... ALLAHUKBAR...

1 comment:

  1. SETIAP UJIAN YANG DATANG TERLALU PAHIT SEHINGGA KITA TERSUNGKUR TETAPI YAKIN LA SETIAP UJIAN PASTI ADA HIKMAHNYA DAN KITA YAKIN UJIAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MEMATANGKAN KITA JADI SENYUM LAA SETIAP KALI DITIMPA UJIAN DAN REDHA LA INSYAALLAH SEMUANYA AKAN SELESAI...

    ReplyDelete