Sunday, November 7, 2010

sahabat... pergi mu tiada ganti...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

aku memandang kosong tanah perkuburan yang masih merah dan aku seakan tidak percaya rupanya pertemuan tempoh hari adalah pertemuan terakhir antara kau dan aku....dan kali ini aku hanya mampu melihat  tanah yang hanya menanti setiap manusia untuk menjadi penghuni... namun setiap manusia tidak mengetahui bila penggilan itu..... dan kini semuanya menjadi satu kenangan satu memori yang tidak mampu dimiliki oleh sesiapa kecuali kau dan aku... ketahui lah kenangan antara kita akan ku abadikan dalam kerinduan yang tidak boleh dilihat hanya mampu diluahkan..... kuatkan hati tenangkan jiwa moga ia menjadi satu


 
SAHABAT

Pertemuan telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancangan
Manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan Tuhan

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini

Sahahat yang amatku kasihi
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau disisi
Mengubah sepi dihatiku

Sahabat yang amatku cintai
Susah senang kau disampingku
Walau kini hilang dimata
Namun kau tetap dihatiku

Sahabat bertuahnya ku rasa
Mendapat teman sepertimu
Membimbing menasihatiku
Hanya satu dalam beribu

Namun kini hanyalah tinggal kenangan
Pertemuan kita ditamat perpisahan
Kemesraan mekar diakhir perkenalan
Sayu menitiskan air mataku

No comments:

Post a Comment