Thursday, January 12, 2012

ampunkan aku....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

“Bismillahirrahmanirrahim
Anugerahkanlah sedikit rasa cinta pada Mu Tuhan Agar aku tidak mencintai selain Mu
Supaya apa yang ada ku korbankan untuk Mu
Atau berilah sedikit rasa takut pada Mu Tuhan
Agar aku dapat mengawal diri ku Patuh pada seruhan Mu Menjauhi larangan Mu
Hidupkanlah jiwa aku dengan mengingati Mu Tuhan Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepada Mu
Agar rasa kehambaan ku subur di dalam jiwa ku Tuhan cinta dan takut memenuhi jiwa ku
Inilah yang akan menyelamatkan aku
Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai dengan Mu selalu Aku lupa suruhan Mu dan larangan Mu
Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhi ku
Syaitanlah yang akan menipu daya aku Tuhan!
Robek -robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu Hancurluluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan Iradah-Mu
Agar jangan manusia dan kuasa merobek--robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatikku
Aku berlilndung dengan-Mu daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Juga aku berlindung dengan-Mu
jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku Tuhan,selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya
Tuhan apalah ertinya aku cintakan syurga-Mu
pada hal hatiku tidak mencintai-Mu
Apalah ertinya aku takutkan neraka-Mu
sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu Tuhan!
Hidayah-Mu yang kupinta Taufiq-Mu yang aku mahu Selamatkanlah aku Tuhan!
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku,pelindungku.
klau benar dia tercipta hanya untukku dekatkan hati ku satukan kami dibawah cintamu ya allah aku berlindung dr kejahatan n cemburu, rasa dengki iri hati , marah n bisikin syaitan mu ya allah redha la kami..
engkau mengetahui apa yg baik bagi hamba mu ya rabbi , engkau mengetahui setiap apa yg berlaku pd kami ya allah engkau mengetahui mana yg benar n mana yg salah n engkau lah yg mengatur segala kehidupan kami.. kami tidak berdaya dengan ujianmu ya allah malah kami hamba yg hina, daif dijalanmu, andai masih ada waktu untuk aku memohon ampun n maaf berikan aku kemaafan n keampunan yg kau berikan kepada hamba yg bersalah... terima taubatku seperti mana kau terima taubat seorang hamba .... duhai rabbi aku tidak mampu menjadi teman yg baik kepada temanku, menjadi rakan yang baik kepada rakanku walau aku cuba namun aku tetap manusia biasa yg sering melakukan kesalahan ... aku tidak menjaga sebuah amanah walau aku cuba menjaga n memelihara namun aku tetap gagal.... aku melukakann banyak hati.. engkau mendengar suara hatiku ya allah... aku redha dengan ketentuanmu...bukakan hati dia untuk maafkan aku......terima taubatku...berikan aku kesempatan.... terimalah aku seadanya ya rabbi....duhai hati teguhkan hati kami dengan satu amanah..jadikan kami seorang yg berpegang dengan amanah....kekalkan hati kami ya allah...tenangkan hati kami dalam mengharungi setiap ujian n sabarkan hati kami ya allah...
amin ya rabbal'alamin.... “

No comments:

Post a Comment