Tuesday, July 17, 2012

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


kini aku kembali normal... memikirkan kejadian alam yang allah berikan sebagai tempat persinggahan sementara, dan bermulanya hari ini dan bermulanya perginya seorang teman  sebuah kehilangan membuatkan penulis lebih yakin dan banyak mengajar penulis erti hidup, mungkin hari ini penulis tidak ingin menyatakan bahwa rindu itu telah hilang, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terletak dalam hati penulis. kehilangan seorang sahabat karib yang juga seorang peneman hidup, banyak memberikan dampak atau kesan yang teramat menghayat hati tapi kita selaku manusia harus mengetahui bahwa kehilangannya bukan kerana salah sesiapa tapi kerana allah telah menjemputnya untuk tinggalkan dunia sebagai tempat persinggahan dan kembali pada tempat yang asal kejadian manusia. walaupun kehilangannya sudah agak lama hampir 8 tahun tapi penulis merasakan teman itu tetap dihati. walau tak dapat bertemu lagi. Dan penulis mohon maaf seadainya ruagan ini tidak memberikan manfaat atau tidak memberikan info sebagai mahasiswa islam. Sebab bagi penulis blog ini cuma sekadar diari untuk penulis luahkan perasaan rindu penulis kepada sesiapa yang penulis rindukan. Namun, pada petang ini penulis merasakan tangan ini laju untuk menulis sesuatu manakala keybord laptop menerima dan cuba menaip berdasarkan gerak hati dan pemikiran penulis. walaupun penulis merasakan bahwa mungkin kata-kata yang diluahkan hari ini tidak menjawab persoalan dan mungkin pembaca yang membaca ruangan ini dan sentiasa mengikuti perkembangan penulis akan  merasakan pelik malah tertanya-tanya apa yang penulis cuba sampaikan. 


semangat yang telah hilang mula dikuatkan dan dikumpulkan untuk tempuh hari yang lebih mencabar... pada dua cerpen dibawah penulis merasakan perlu membuat ulasan sebab penuls merasakan mungkin pembaca semakin pelik dan tertanya apa yang cuba penulis sampaikan pada ruangan ini. Insyaallah bila penulis berkelapangan penulis akan cuba mengarang kembali dengan idea-idea dan cerita-cerita yang menarik. setelah melihat pantai hari ini penulis merasakan perlu adanya ketenangan jiwa, penyucian hati kerana masalah-masalah yang menganggu otak kiri dan otak kanan makin berleluasa. Adakala kita perlu menagis bila kita rindukan sesuatu... heee itu jee cara yang lebih baik tapi bila kita rasa rindu sangat lebih baik baca quran. Kita tidak menduga apa yang allah berikan dan Allah tentukam untuk kita apa yang penting semua kehendak allah kita pasti redha itu adalah ketentuan ilahi. Dan kita juga kena menerima bahwa apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah maha melihat lagi maha mendengar, dekat kan diri padanya.. kuatkan iman, kuatkan hati, kuatkan semangat dan selamat menyambut bulan ramadhan...

Sunday, July 1, 2012

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

ermm sy tau laa putere rindu tuan putere tp jangan la sampai tak nak makan, susah hati puteri tau tak........janganlah putere merajuk nanti kita jumpa sama-sama la.. sekarang putere kena makan dulu nanti putere sakit macam mana dengan puteri, puteri mana ada kawan, putere la tempat puteri sembang boleh laa putere jangan merajuk makan sikit jee..jangan tak makan langsung...puteri banyak keje, sekarang puteri sibuk sikit tak sempat nak sembang dengan putere.......maaf yee kita makan yeee..........

 memandang kura-kura dengan pandangan sayu..hatinya resah, sedih dan pilu...entah kenapa tiba-tiba putere tak nak makan, mungkin sebab merajuk atau sakit atau rindu dengan tuan lamanya... sedikit sebanyak perasaan sedih, mata nik berkaca sayu hati memikirkan bagaimana kalau kura-kura kesayangannya mati, apa harus dijawabnya.. allahuakbar moga-moga tidak sampai tahap itu....
********

pagi rabu yang pilu, aku bangun dipagi hari, tidurku tidak nyeyak, mandi ku tidak basah, makanan yang ku beli tidak mampu untuk ku telan, hanya allah yang tau......aku mengatur langkah ke kuliah, harian rutinku harus aku lakukan, hidupku harus ku teruskan namun aku tidak sekuat seperti yang kau lihat, akhirnya aku rebah sipangkuan seorang kawan, apabila aku sedari diriku sudah terbaring di hospital zainab, kepala ku sakit....saat aku berpaling aku melihat seorang teman, ya allah apa dah jadi....saat itu aku mula mengingati kembali, mungkin kesan daripada sudah beberapa hari tidurku tidak lena......tekanan darahku turun namun aku tersenyum lalu ku ucapkan selamat tinggal sahabatku...selamat kembali lagi....
********
dipagi khamis ketika tengah bersiap untuk ke kuliah hatinya terdetik macam mana keadaan putere, nik mengambil bekas putere, dia senyum apabila melihat putere mula bermain, putere merupakan kura-kura yang terlalu manja, mahu dibelai, malah kadang-kadang apabila melakukan sesuatu kerja kura-kura diletakkan dihadapan atau diatas laptop supaya kura-kura boleh bermain dan melihat puteri.. itulah perkara yang paling manja..tapi rindu dihati tiada siapa yang tau....rindunya hanya allah yang tau tapi rindu itu terbuku dihati tidak mampu diluahkan, hanya titisan air mata menjadi peneman dan hari-hari yang dilalui adalah sungguh suram, gelap hanya kura-kura menjadi peneman......itulah satu rindu yang hanya mampu dilakar dikamar hati tidak mampu untuk dikatakan, dikhabarkan atau disampaikan.....namun satu yang ku tahu hanya jarak yang memisahkan kita namun kita tetap memandang langit dan bintang yang sama......
********
di pagi jumaat aku mula melangkah ke pustaka, aku melihat  tempat yang menjadi sejarah, tempat yang menjadi satu kenangan, aku tersenyum bangga...aku cuba melupakan tapi semakin aku melupakan semakin hampir kenangan itu ya allah...kenapa aku harus diuji begini, aku melihat sebuah kata-kata yang berbunyi " saudaramu yang sebenar ialah orang yang selalu  menolongmu (diwaktu susah dan senang) dan ia sanggup berkorban karena memberi manfaat kepadamu, sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya karena menolong engkau dalam manghadapi bala dan ujian) (saidina ali bin abi talib)."air mata yang ku tahan untuk tidak menagis lagi kini mengalir kembali sehinggalah satu suara  berbunyi 

assalamualikum, nik awaitnya?? bakpo muka mu niee sedih giler....mata mu 2 jerik ko.....???
wasalam hahhah mana sedih ada mata aku niee kea sakit...........spek x bowok, malas nak paka, hehhe mata nie pedih laaa biasa laa mengadap laptop lama-lama mace mu tak tau lagi...nyoo tanya bulih...
ye ko nik??? hahha mu nok nipu aku ko??
mana ado tipu tehah wehh aku x de nak nipu banyok kijo kena mikir niee....?? mana syawal???? mu tak mari sekali koo???
heheh ado dok luar lagi, jap lagi dia masuk??? eeee mu niee ingat aku sain dengan mu dua hari koooo??
alahh gege la mu niee, aku sepak baru tauuu... dok diam laa aku nok buat ayat nie....nanti la aku oyak ko mu eeeee sibuk sungguh la...........okeyyy..... 
hahha nie aku semangat niee..wokeyyy aku tunggu........
weehh syawal...apasal laaa mu nie janji dengan aku pkul 9 tapi 9.30 baru bangun nk kena nieee..mana hadis mu suh cari???
niee nik......mari cari buku shahih bukhari, muslim dan fathu bahri meta dok mana nik???
hahhaha rak belake laaa.....hujung sekali...gi laaa
mari laa takut akuu....nak manja sikit niee
alohhhhhh nyepak keaa mari laa isssshhh mu nie mace ore tino n0k manja-manja plok.... mace-mace laaa

pencarian hadis ini sehinggalah tamatnya sesi fotocopy pkul 11 dan kami meninggalkan ruang pustaka ke ruang makan sambil makan kami berborak banyak benda, hal persahabatan, gurau senda dan disitu lah aku melihat aku melihat pasangan sahabat yang akrab, tiba-tiba aku teringatkan sahabatku kembali, sayu hati, mata ku berair tapi aku cuba sembunyikan suara hati agar hanya aku yang tau, subhanallah maafkan aku, aku bukan ingin merinduimu tapi rindu itu hadir sendiri, bukan aku sengaja untuk melahirkan perasaan rindu tapi aku juga insan yang baru mengenali perasaan rindu dan allah sahaja yang tau.............. aku melihat dengan pendangan yang sayu, sentiasa tersenyum didepan semua orang, aku tetap berlagak selamba, moga allah ampunkan aku sebagai hamba yang kerdil... 

setelah sampai ke jalan untuk ke rumah sewa aku menangis lagi, walau tadi menahan sebak, menahan rasa pilu tapi setelah kawan hilang dari pandangan, aku menangis hanya aku yang tahu perasaan ketika itu, biarlah ia terlukis dikamar hati tanpa diluahkan, dan aku nekad untuk berhenti sms dan call. cuba menghilangkan diri  buat seketika, mungkin dia telah melupakan aku, namun apabila aku melihat pondok kami ,aku terduduk disitu.....lama terduduk disitu, walau matahari memancar, bahangnya terlalu kuat terasa tapi terasa begitu sejuk... hampir setiap petang aku membawa kura-kura pondok usang itu....itu lah satu-satu kenangan...dan sehingga kini sudah dua hari aku tidak keluar rumah....serangan jantungku makin menjadi-jadi.hampir setiap malam jantungku sakit, terpaksa menelan ubat, supaya bertahan, mungkin bertahan untuk sementara, dan aku tidak tau sampai bila ubat ini harus bertahan...moga-moga aku diberi kekuatan... 
*********
isnin, 02/7.2012 itu lah satu rindu yang mampu diluahkan........ini cuma satu kisah tidak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati..............dan apa yang sedih putere semakin sakit...matanya tidak mampu dibukak lagi, besok bermulanya untuk mencari pasangan baru buat putere, mungkin dia juga perlukan kawan, dan besok aku mula mengatur langkah untuk ke kuliah, dan mencari teman untuk putere dan membawa putere ke rumah sakit atau pakar haiwan.............yess moga misiku berjaya, aku akan perjuangkan, aku akan menjaga sebaik mungkin untuk putere, aku tidak akan give up untuk menjaga putere, dan aku perlu bertahan untuk pastikan putere sihat kembali....walau aku tidak mampu menolak takdir allah..... walau itu adalah ketetapan tapi aku akan berusaha selagi aku mampu, putere tidak akan aku tinggalkan.......maafkan puteri yee putere...