Saturday, December 25, 2010

Imbahasa hatii....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




kini hari-hari penulis menjelma dalam ruangan ini..membuka mencalit secebis tinta..emmm ada someting dengan ruangan inie sehingga penulis sentiasa ringan tangan nak buka dan tulis walau sepotong ayat... hahaha rajin sungguh seolah-olah dah kemaruk dengan ruangan sepii ini....harii nie sebenarnye tak tau nk tulis apa tapii bila ikut banyak blog,tengok dan perhatikan blog kawan2 semua cantik2 pandai ubahnyee...cari gambar dan susun semua maklumat dgn rapii.. kadang2 rasa malu nak suh orang bukak blog kita tapi ituu laa sebab penulis nie skema orangnyee tak suka letak benda2 pelik just letak benda2 yang bermanfaat jee lucu sungguh kan....

bila fikir balik kenapa perlu skema sangat,,, manusia perlu  hiburan tetapii penulis jenis x reti nak berlawak just senyum dan bercakap ketika perlu haha... macam mana nak ramai kawan ermm pelik-pelik. memang penulis x rancang nak tulis apa-apa pun hari niee just sekadar nak suka2.. dan apa yang lucunyee penulis nie dah akhir semesta 7 di universiti IAIN -AR RANIRY, BANDA ACEH,INDONESIA tetapi rasa baru je belajar rasa beberapa hari baru mula kuliah tetapi macam tak percya tengok2 minggu depan dah nak final pening kepala nak fikir banyak mata kuliah masih tak faham biasa laa datang2 kena belajar undang2 orang aceh semua kena rujuk pasal n akta aceh adoii pening kepala tetapi nak buat macam mana... kat sini plok dosen (cikgu) x ikut sangat akedemik maknanye tidak ketat sangat la undang2 dan peraturan cakap 17/1/2011 mula final tetapi atas dosen kalau dia nak buat final awal buat je laa jadii ini la yang pening sekarang memang la best cuma kadang2 takut laa nak final sebab sini memang semua bergantung pada dosen laa macam mana nk buat final... anak2 aceh pun biasa je nyontek( meniru) mintak2 anak malaysia jangan ikut laa.. dah tau kan benda 2 memagng tak baik.

so jangan la ikut hasil markah yang kita dapat tu la nak bagi anak-anak makan nanti sebab hasil meniru kita dapat pekerjaan dan gaji pun kita dapat daripada hasil tu so bila dah kahwin ada anak-anak yang tak dengar cakap atau melawan dan kita sebagai bapa atau ibu menyalahkan anak-anak, semua salah anak-anak habis apa salah kita... jadi yang masih belum kahwin tu masih dalam proses study jaga la elok memang kita nampak banda dia kecik je just meniru dalam exam tetapi kesannya bukan hanya satu keturunan tetapi disetiap keturunan mintak sangat2 jangan amalkan sikap macam 2...
biar la markah rendah asal kita jangan tiru kawan atau tiru buku (buat nota la senang) tulis dimana-mana rasa perlu memang salah la budaya tu... nie khas kawan-kawan yang merantau dan menuntut ilmu luar negara la senang kita berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain sebab nak tuntut ilmu nak kefakihan dan pemahaman yang tinggi dalam ilmu so tidak guna kalau kita datang dari jauh naik kapal terbang tiba-tiba  time final kita buat nota dan tiru dalam final adoii itu lagi masalah besar.  kita niat dari awal bila kita dapat sambung mana-mana tempat yang jauh memang nak datang tuntut ilmu demi ilmu sanggup memilih dan berkorban berjauhan dengan keluarga sebab nak  mencari kefakihan dalam semua ilmu kalau sampai aje bila hadapi pengajian dan tiba time final kita dah lupa dengan niat yang asal yang pasti kita lulus dah tak fikir pasal niat awal cuma yang kita fikir macam mana  nak dapat result tinggi.. ini juga satu masalah..

kita bangga bila keputusan keluar result kita dipenuhi dengan A jee disemua madah tetapi apa kita dapat dengan hasil tiru malah nak rasa bangga ermm rasanye tak la kot .. jom kita fikir sama2.. kita memang bangga sebab kita dapat result tinggi kena plok jadi best student tetapi kita  tak tau hasil A yang kita dapat adalah hasil dari tiru... memang orang lain tak tau just kita je tauu so x payah la nak bangga sikit pun Allah tak pandang sebelah mata pun sebab kita dah menderhaka kepada orag tua. keluarga kita bangga sebab kita berjaya tercapai hajat nak tengok kita berjaya memang kita dah berjaya buat ibu bapa tersenym dan gembira tetapi kefakihan kita macam mana.. kita tak tau lagi apa akan berlaku dikemudian harii.. tiba2 kalau kita balik aje dari tempat pengajian kita diberi tanggungjawab untuk mengajar orang kampung  atau apa2 je laa tetapi bila kita keluar kan fatwa ternyata fatwa yang salah so sebab kita just tiru je baca tidak so bila tak baca dan kaji mana nak dapat ilmu maklum la orang kampung nie soalan pelik2 memang tidak terjangka soalannye so macam mana...

macam penulis cakap tadi  apa2 pun memang kena fikir dulu sebelum buat satu tindakan  adakah tindakan itu merugikan atau menguntungkan.. setiap kesan kena selidik.. apa salah kalau kita buat dengan hasil kita sendiri kita cuba test otak kita sendiri ...kalau rendah usahakan la lagi kalau gagal tak perlu kecewa setiap ujian ada tujuan yang tertentu janji kita usaha lagi mesti suatu hari nanti kita akan berjaya...usaha tangga kejayaan...

ermm tadi kata tak de nak kata apa tapi bila tengok panjang la plok.. huhuhu kita doa la sama2 ye.. moga kita sentiasa istiqamah mintak maaf kalau ada yang terasa penulis  sekadar mengisi ruang sepii ini supaya ia tidak kosong ...masa itu emas penulis takut nanti tak de masa sebab minggu pengajian dan mula sibuk kalau sempat mungkin ada lagi penulisan baru tapi kalau tak sempat untuk dikemas kini penulis minta maaf la banyak2... jumpa lagii setelah tamat final laa... apa pun thanks you la sebab sudi ikut ruangan sepi ini..





Friday, December 24, 2010

Berusaha, berdoa dan bertawakal pada allah

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar
Huraian:
  • Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
  • Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
  • Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

Dari titik peluh sendiri

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: “Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”
(al-Bukhari)

Huraian:
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana.

Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat.
Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

Wednesday, December 22, 2010

lihat la siapa teman mu......

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Apabila engkau berada di tengah-tengah suatu kaum maka pililhlah orang-orang yang balk sebagai sahabat, dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya"

Wanita adalah bagian dari kehidupan manusia, sehingga dia tak akan pernah lepas dari pola interaksi dengan sesama. Terlebih dominasi perasaan yang melekat pada dirinya, membuat dia butuh teman tempat mengadu, tempat bertukar pikiran dan bermusyawarah. Berbagai problem hidup yang dialami menjadikan dia berfikir bahwa, meminta pendapat, saran dan nasehat teman adalah suatu hal yang perlu. Maka teman sangat vital bagi kehidupannya, siapa sih yang tidak butuh teman dalam hidup ini..?.

Namun wanita muslimah adalah wanita yang dipupuk dengan keimanan dan dididik dengan pola interaksi Islami. Maka pandangan Islam dalam memilih teman adalah barometernya, karena dirinya sadar, teman yang baik (shalihah) memiliki pengaruh besar dalam menjaga keistiqomahan agamanya. Selain itu teman shalihah adalah sebenar-benar teman yang akan membawa mashlahat dan manfaat. Maka dalam pergaulannya dia akan memilih teman yang baik dan shalihah, yang benar-benar memberikan kecintaan yang tulus, selalu memberi nasihat, tidak curang dan menunjukan kebaikan. Karena bergaul dengan wanita-wanita shalihah dan menjadikannya sebagai teman selalu mendatangkan manfaat dan pahala yang besar, juga akan membuka hati untuk menerima kebenaran. maka kebanyakan teman akan jadi teladan bagi temannya yang lain dalam akhlak dan tingkah lake. Seperti ungkapan "Janganlah kau tanyakan seseorang pada orangnya, tapi tanyakan pada temannya. karena setiap orang mengikuti temannya".

Bertolak dari sinilah maka wanita muslimah senantiasa dituntut untuk dapat memilih teman, juga lingkungan pergaulan yang tak akan menambah dirinya melainkan ketakwaan dan keluhuran jiwa. Sesungguhnya Rasulullah juga telah menganjurkan untuk memilih teman yang baik (shalihah) dan berhati-hati dari teman yang jelek.

Hal ini telah dimisalkan oleh Rasulullah melalui ungkapannya:
"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik (shalihah) dan teman yang jahat adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api pandai besi. Pembawa minyak wangi mungkin akan mencipratkan minyak wanginya itu atau engkau menibeli darinya atau engkau hanya akan mencium aroma harmznya itu. Sedangkan peniup api tukang besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan mencium darinya bau yang tidak sedap".
(Riwayat Bukhari, kitab Buyuu', Fathul Bari 4/323 dan Muslim kitab Albir 4/2026)1

Dari petunjuk agamanya, wanita muslimah akan mengetahui bahwa teman itu ada dua macam. Pertama, teman yang shalihah, dia laksana pembawa minyak wangi yang menyebarkan aroma harum dan wewangian. Kedua teman yang jelek laksana peniup api pandai besi, orang yang disisinya akan terkena asap, percikan api atau sesak nafas, karena bau yang tak enak.

Maka alangkah bagusnya nasehat Bakr bin Abdullah Abu Zaid, ketika baliau berkata," Hati-¬hatilah dari teman yang jelek ...!, karena sesungguhnya tabiat itu suka meniru, dan manusia seperti serombongan burung yang mereka diberi naluri untuk meniru dengan yang lainnya. Maka hati-hatilah bergaul dengan orang yang seperti itu, karena dia akan celaka, hati- hatilah karena usaha preventif lebih mudah dari pada mengobati ".


Maka pandai-pandailah dalam memilih teman, carilah orang yang bisa membantumu untuk mencapai apa yang engkau cari . Dan bisa mendekatkan diri pada Rabbmu, bisa memberikan saran dan petunjuk untuk mencapai tujuan muliamu.
Maka perhatikanlah dengan detail teman-¬temanmu itu, karena teman ada bermacam-macam
• ada teman yang bisa memberikan manfaat
• ada teman yang bisa memberikan kesenangan (kelezatan)
• dan ada yang bisa memberikan keutamaan.

Adapun dua jenis yang pertama itu rapuh dan mudah terputus karena terputus sebab-sebabnya. Adapun jenis ketiga, maka itulah yang dimaksud persahabatan sejati. Adanya interaksi timbal balik karena kokohnya keutamaan masing-masing keduanya. Namun jenis ini pula yang sulit dicari. (Hilyah Tholabul 'ilmi, Bakr Abdullah Abu Zaid halarnan 47-48)

Memang tidak akan pernah lepas dari benak hati wanita muslimah yang benar-benar sadar pada saat memilih teman, bahwa manusia itu seperti barang tambang, ada kualitasnya bagus dan ada yang jelek. Demikian halnya manusia, seperti dijelaskan Rasulullah Shalallahu’alaihi Wassallam :

" Manusia itu adalah barang tambang seperti emas dan perak, yang paling baik diantara mereka pada zaman jahiliyyah adalah yang paling baik pada zaman Islam jika mereka mengerti. Dan ruh-ruh itu seperti pasukan tentara yang dikerahkan, yang saling kenal akan akrab dan yang tidak dikenal akan dijauhi " (Riwayat Muslim)

Wanita muslimah yang jujur hanya akan sejalan dengan wanita-wanita shalihah, bertakwa dan berakhlak mulia, sehingga tidak dengan setiap orang dan sembarang orang dia berteman, tetapi dia memilih dan melihat siapa temannya. Walaupun memang, jika kita mencari atau memilih teman yang benar-benar bersih sama sekali dari aib, tentu kita tidak akan mendapatkannya. Namun, seandainya kebaikannya itu lebih banyak daripada sifat jeleknya, itu sudah mencukupi.

Maka Syaikh Ahmad bin 'Abdurrahman bin Qudamah al-Maqdisi atau terkenal dengan nama Ibnu Qudamah AlMaqdisi memberikan nasehatnya juga dalam memilih teman: "Ketahuilah, bahwasannya tidak dibenarkan seseorang mengambil setiap orang jadi sahabatnya, tetapi dia harus mampu memilih kriteria¬-kriteria orang yang dijadikannya teman, baik dari segi sifat-sifatnya, perangai-perangainya atau lainnya yang bisa menimbulkan gairah berteman sesuai pula dengan manfaat yang bisa diperoleh dari persahabatan tersebut itu. Ada manusia yang berteman karena tendensi dunia, seperti karena harta, kedudukan atau sekedar senang melihat-lihat dan bisa ngobrol saja, tetapi itu bukan tujuan kita.

Ada pula orang yang berteman karena kepentingan Dien (agama), dalarn hal inipun ada yang karena ingin mengambil faidah dari ilmu dan amalnya, karena kemuliaannya atau karena mengharap pertolongan dalam berbagai kepentingannya. Tapi, kesimpulan dari semua itu orang yang diharapkan jadi teman hendaklah memenuhi lima kriteria berikut; Dia cerdas (berakal), berakhlak baik, tidak fasiq, bukan ahli bid'ah dan tidak rakus dunia. Mengapa harus demikian ?, karena kecerdasan adalah sebagai modal utama, tak ada kabaikan jika berteman dengan orang dungu, karena terkadang ia ingin menolongmu tapi malah mencelakakanmu. Adapun orang yang berakhlak baik, itu harus. Karena terkadang orang yang cerdaspun kalau sedang marah atau dikuasai emosi, dia akan menuruti hawa nafsunya. Maka tak baik pula berteman dengan orang cerdas tetapi tidak berahlak. Sedangkan orang fasiq, dia tidak punya rasa takut kepada Allah. Dan barang siapa tidak takut pada Allah, maka kamu tidak akan aman dari tipu daya dan kedengkiannya, Dia juga tidak dapat dipercaya. Kalau ahli bid'ah jika kita bergaul dengannya dikhawatirkan kita akan terpengaruh dengan jeleknya kebid'ahannya itu. (Mukhtasor Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah hal 99).


Maka wanita muslimah yang benar-benar sadar dan mendapat pancaran sinar agama, tidak akan merasa terhina akibat bergaul dengan wanita-wanita shalihah meskipun secara lahiriyah, status sosial clan tingkat materinya tidak setingkat. Yang menjadi patokan adalah substansi kepribadiannya dan bukan penampilan dan kekayaan atau lainnya. "Pergaulan anda dengan orang mulia menjadikan anda termasuk golongan mereka, karenanya janganlah engkau mau bersahabat dengan selain mereka".

Oleh karena itu datang petunjuk Al Qur'an yang menyerukan hal itu :
"Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang¬-orang yang menyeru Rabbnya dipagi dan disenja hari dengan mengharap keridhoan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka karena mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas"
(Al-Kahfi:28)


Tuesday, December 21, 2010

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim



 

huraian: 

Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
  • Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
  • Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
  • Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
  • Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

DEBARAN HATII

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA
 
Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
ku susuri langkah penuh liku menyusuri jalan yang cukup berliku
namun ku cuba untuk tembusi setiap liku yang ada
walau suatu saat dan suatu ketika aku tersungkur
tapi ku gagahi jua agar perjuangan ini  tidak terhenti disini 
namun aku tidak pasti adakah aku mampu untuk menutupi keresahan hatii
debar yang semakin menghampiri...keresahan sukar disembunyi 
namun biarla ia tetap menjadi rahsia disisi ilahi 

mungkin juga apa yang hilang akan tumbuh berganti 
tetapi kehilangan itu tidak akan sama artinya tiada lagi keindahan
kini ku susuri jalan di dalam kesepian  
kesepian di segenap ruang......memandang dan menoleh tidak lagii
hilang senyuman n saat ketawa
bukan sekadar coretan tetapi cukup satu luahan
yang aku sendiri tidak pasti luahan ini bisa difahami oleh pembaca sekalian

tetapi ini sebagai satu coretan biasa... yang mungkin akan menjadi semangat serta untuk mengurangkan beban yang ada subhanaallah engkau jadikan aku sebagai sahabat yang baik...insan yang begitu perlukan pemahaman n pengertian..aku sendiri sukar untuk mengenali siapa sebenarnya insan bernama sahabat... aku juga gagal dalam menutupi kejahailan ku dalam satu persahabatan dan akhirnya aku biarkan persahabatan itu terhenti kerana nafsu sendiri..kefahaman permudahkan segala urusan ku agar aku sentiasa tabah dalam mengahdapi rintangan ini..
DOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN HATI 


Ya Allah, yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu
Berdoa sebelum dan selepas membuat keputusan. Hanya kepada Allah sahaja kita dapat memohon dari Syaitan yang suka menyesatkan dan membawa sangsi.