Saturday, December 24, 2011

JALAN BEBAS...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

KENAPA HARUS ASA BLOG? UNTUK APA KITA BT BLOG? BAGAIMANA INGIN MEMBUAT BLOG?

ITULAH KATA-KATA PERTAMA BAGI SEORANG KAWAN YANG BARU SAHAJA INGIN MENGENALI DUNIA BLOG... SAMA JUGAK PENULIS DULU... SETELAH BLOG LAMA SUDAH DIBLOCK OLEH PIHAK TERTENTU, EMPAT TAHUN BUKAN WAKTU YANG SEKEJAP UNTUK BERHENTI DARI DUNIA BLOG DAN MUNGKIN AKAN MELUPAKAN SEMUA BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT DAN MENCIPTA BLOG.. ADUH BILA MENGINGATI KEMBALI WAKTU ITU JIWA JADI MERONTA UNTUK MENCARI KEMBALI BLOG YANG LALU TAPI BAGAIMANA.. PENULIS SUDAH LUPA SEMUA TERMASUK NAMANYA DAN JUGA PASWORDNYAA..

KENAPA KITA HARUS TAKUT PADA MANUSIA...BLOG ADALAH HAK SETIAP INSAN JADI TIDAK ADA YANG BISA MENGHALANG SERTA MENGATUR APA YANG HARUS KITA ISI DI DALAM BLOG KITA KERNA IA ADALAH MILIK INDUVIDU TETAPI TERNYATA KEGUNAAN BLOG UNTUK KITA APA2 sih.... ADAKAH PERLU KITA TULIS SEMUA TENTANG DIRI KITA DAN KHABARKAN PADA SEMUA ORANG TENTANG MASALAH KITA APA MEMANG ORANG YANG MEMBUAT BLOG TIDAK MENGETUI BAHAWA PENCIPTA2 BLOG BISA MENGETAHUI DAN MEMBACA SEMUA YANG KITA TULIS SEHINGGA MEMASUKKAN GAMBAR ATAU FOTO YANG TIDAK BERKENAAN SEBAGAI LUAHAN HATI.... KALAU FOTO ITU SESAMA PEREMPUAN TIDAK AKAN ADA MASALAH TETAPI BAGAIMANA PULA FOTO DENGAN LELAKI TIDAK TERFIKIR BAHAWA IA AKAN MENDATANGKAN FITNAH...

BAGAIMANA HARUS KITA JAWAB NANTI.. SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH KITA HARUS MENJAGA SEMUA.. ITU JUGAK SEPARUH DARI MARUAH KITA.. ATAU KITA MAU MARUAH KITA DIPERENDAHKAN... BAGAIMANA PENDANGAN PADA SAHABAT KITA YANG MELIHAT FOTO TERSEBUT. MUNGKIN DIFIKIRAN DIA HANYA SEBAGAI KAWAN BIASA TAPI BAGAIAMAN KITA MENGIYAKAN HATI BAHAWA IA HANYA SEBAGAI SAHABAT... MUNGKIN KITA YANG MENGATAKAN SAHABAT TAPI BAGAIMANA DENGAN JAWAPAN HATI.. SETIAP KATA HATI HANYA KITA YANG MENGETAHUI ADAKAH DIRI KITA MAMPU UNTUK MELAWAN HATI.. MEMANG PERKATAAN SAYANG SEBAGAI SAHABAT MUDAH KITA UCAPKAN DIBIBIR TAPI TIDAK DIHATI...ORANG AKAN MENILAI DENGAN PENUH PRASANGKA.. MUNGKIN JUGAK APABILA MELIHAT PEMAKAIAN YANG KITA PAKAI SETIAP HARI KE KULIAH AKAN MELAMBANGKAN SIAPA KITA TETAPI PAKAIAN ITU JUGAK TIDAK AKAN MELAMBANG DIRI KITA YANG SEBENAR... SIAPA KITA HANYA KITA YANG MENGETAHUI JADILAH MUSLIMAH SEPERTI PAKAIAN KITA... MALULAH DENGAN PAKAIAN KITA... PENULIS MENGERTI SETIAP ORANG AKAN MELAKUKAN KESILAPAN TETAPI JANGAN JADIKAN BLOG SEBAGAI TEMPAT MAKSIAT .. KITA BISA MELUAHKAN APA YANG DIRASAKAN OLEH HATI TETAPI BERJAGA-JAGA LAH KERANA BLOG INI RAMAI YANG AKAN TAHU JADI JAGALAH BLOG DAN SETIAP PENULISAN KITA. JAGA LAH SEPERTI MENJAGA DIRI KITA SENDIRI MANA YANG HARUS DIPERBAIKI BAIKI DENGAN SEGERA SUPAYA TIDAK AKAN ADA TEGURAN DAN TAFSIRAN YANG AKAN MEMBUATKAN PERSAHABATAN TERPUTUS DAN MENIMBULKAN PELBAGAI FITNAH DAN SAKITNYA HATI ORANG LAIN.... SYUKRAN

Sunday, November 27, 2011

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:
Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang. Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Saturday, November 26, 2011

Mencintai Ukhuwwah

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


Ini Merupakan Sebuah Kisah Tentang Kepemimpinan Ali Ibn Abi Thalib, Seorang Khulafa Ur-Rasyidin Yang Sangat Patut Kita Teladani. Tidak Ada Khalifah Yang Paling Mencintai Ukhuwwah, Ketika Orang Berusaha Menghancurkannya, Seperti Ali Ibn Abi Thalib.

Baru Saja Dia Memegang Tampuk Pemerintahan, Beberapa Orang Tokoh Sahabat Melakukan Pemberontakan. Dua Orang Di Antara Pemimpin Muhajirin Meminta Izin Untuk Melakukan Umrah. Ternyata Mereka Kemudian Bergabung Dengan Pasukan Pembangkang. Walaupun Menurut Hukum Islam Pembangkang Harus Diperangi, Ali Memilih Pendekatan Persuasif. Dia Mengirim Beberapa Orang Utusan Untuk Menyedarkan Mereka. Beberapa Pucuk Surat Dikirimkan. Namun, Seluruh Usaha Ini Gagal. Jumlah Pasukan Pemberontak Semakin Membesar. Mereka Bergerak Menuju Basra.

Dengan Hati Yang Berat, Ali Menghimpun Pasukan. Ketika Dia Sampai Di Perbatasan Basra, Di Satu Tempat Yang Bernama Alzawiyah, Dia Turun Dari Kuda. Dia Melakukan Shalat Empat Rakaat. Usai Shalat, Dia Merebahkan Pipinya Ke Atas Tanah Dan Air Matanya Mengalir Membasahi Tanah Di Bawahnya. Kemudian Dia Mengangkat Tangan Dan Berdo'a:

"Ya Allah, Yang Memelihara Langit Dan Apa-Apa Yang Dinaunginya, Yang Memelihara Bumi Dan Apa-Apa Yang Ditumbuhkannya. Wahai Tuhan Pemilik 'Arasy Nan Agung. Inilah Basra. Aku Mohon Kepada-Mu Kebaikan Kota Ini. Aku Berlindung Kepada-Mu Dari Kejahatannya. Ya Allah, Masukkanlah Aku Ke Tempat Masuk Yang Baik, Kerana Engkaulah Sebaik-Baiknya Yang Menempatkan Orang. Ya Allah, Mereka Telah Membangkang Aku, Menentang Aku Dan Memutuskan Bai'ah-Ku. Ya Allah, Peliharalah Darah Kaum Muslim."
Ketika Kedua Pasukan Sudah Mendekat, Untuk Terakhir Kalinya Ali Mengirim Abdullah Ibn Abbas Menemui Pemimpin Pasukan Pembangkang, Mengajak Bersatu Kembali Dan Tidak Menumpahkan Darah. Ketika Usaha Ini Pun Gagal, Ali Berbicara Di Hadapan Sahabat-Sahabatnya, Sambil Mengangkat Al-Qur'an Di Tangan Kanannya: "Siapa Di Antara Kalian Yang Mahu Membawa Mushaf Ini Ke Tengah-Tengah Musuh. Sampaikanlah Pesan Perdamaian Atas Nama Al-Qur'an. Jika Tangannya Terputus Peganglah Al-Qur'an Ini Dengan Tangan Yang Lain, Jika Tangan Itu Pun Terputus, Gigitlah Dengan Gigi-Giginya Sampai Dia Terbunuh."

Seorang Pemuda Kufah Bangkit Menawarkan Dirinya. Kerana Melihat Usianya Terlalu Muda, Mula-Mula Ali Tidak Menghiraukannya. Lalu Dia Menawarkannya Kepada Sahabat-Sahabatnya Yang Lain. Namun, Tak Seorang Pun Menjawab. Akhirnya Ali Menyerahkan Al-Qur'an Kepada Anak Muda Itu, "Bawalah Al-Qur'an Ini Ke Tengah-Tengah Mereka. Katakan: Al-Qur'an Berada Di Tengah-Tengah Kita. Demi Allah, Janganlah Kalian Menumpahkan Darah Kami Dan Darah Kalian."

Tanpa Rasa Gentar Dan Penuh Dengan Keberanian, Pemuda Itu Berdiri Di Depan Pasukan Aisyah. Dia Mengangkat Al-Qur'an Dengan Kedua Tangannya, Mengajak Mereka Untuk Memelihara Ukhuwwah. Teriakannya Tidak Didengar. Dia Disambut Dengan Tebasan Pedang. Tangan Kanannya Terputus. Dia Mengambil Mushaf Dengan Tangan Kirinya, Sambil Tidak Henti-Hentinya Menyerukan Pesan Perdamaian. Untuk Kedua Kalinya Tangannya Ditebas. Dia Mengambil Al-Quran Dengan Gigi-Giginya, Sementara Tubuhnya Sudah Bersimbah Darah. Sorot Matanya Masih Menyerukan Perdamaian Dan Mengajak Mereka Untuk Memelihara Darah Kaum Muslim. Akhirnya Orang Pun Menebas Lehernya.
Pejuang Perdamaian Ini Rebah. Orang-Orang Membawanya Ke Hadapan Ali Ibn Abi Thalib. Ali Mengucapkan Do'a Untuknya, Sementara Air Matanya Deras Membasahi Wajahnya. "Sampai Juga Saatnya Kita Harus Memerangi Mereka. Tetapi Aku Nasihatkan Kepada Kalian, Janganlah Kalian Memulai Menyerang Mereka. Jika Kalian Berhasil Mengalahkan Mereka, Janganlah Mengganggu Orang Yang Terluka, Dan Janganlah Mengejar Orang Yang Lari. Jangan Membuka Aurat Mereka. Jangan Merosakkan Tubuh Orang Yang Terbunuh. Bila Kalian Mencapai Perkampungan Mereka, Janganlah Membuka Yang Tertutup, Jangan Memasuki Rumah Tanpa Izin, Janganlah Mengambil Harta Mereka Sedikit Pun. Jangan Menyakiti Perempuan Walaupun Mereka Mencemuhkan Kamu. Jangan Mengecam Pemimpin Mereka Dan Orang-Orang Saleh Di Antara Mereka."

Sejarah Kemudian Mencatatkan Kemenangan Di Pihak Ali. Seperti Yang Dipesankannya, Pasukan Ali Berusaha Menyembuhkan Luka Ukhuwwah Yang Sudah Retak. Ali Sendiri Memberikan Ampunan Besar-Besaran. Sejarah Juga Mencatat Bahawa Tidak Lama Setelah Kemenangan Ini, Pembangkang-Pembangkang Yang Lain Muncul. Mu'awiyah Mengerahkan Pasukan Untuk Memerangi Ali. Ketika Mereka Terdesak Dan Kekalahan Sudah Di Ambang Pintu, Mereka Mengangkat Al-Qur'an, Memohon Perdamaian. Ali, Yang Sangat Mencintai Ukhuwwah, Menghentikan Peperangan.

Seperti Kita Ketahui Bersama, Ali Dikhianati. Kerana Kecewa, Segolongan Dari Pengikut Ali Memisahkan Diri. Golongan Ini, Kelak Terkenal Sebagai Khawarij, Berubah Menjadi Penentang Ali. Seperti Biasa, Ali Mengirimkan Utusan Untuk Mengajak Mereka Berdamai. Seperti Biasa Pula, Usaha Tersebut Gagal.

Ini Hanya Sebagai Satu Sirah Yang Berlaku Kepada Orang Yang Menyintai Ukhuwah Bagaimana Dengan Kita Hari Ini Melihat Satu Kekurangan Sahabatnya Sebagai Satu Kebahagian, Kejatuhan Seorang Sahabat Amat Bernilai, Apakah Maksud Ukhuwah ? Bagaimana Kita Menjalinkan Ukhuwah Semua Terletak Pada Hati.. Begitu Juga Ana, Bela Mengatakan Tentang Ukhuwah Ana Jadi Takut, Ana Jadi Sedih, Resah Sebab Ana Juga Bukan Seorang Yang Sempurna Dalam Berukhuwah Tetapi Kita Hanya Mampu Mengubah Apabila Wujudnya Teguran. Dan Teguran Dari Sahabat, Ana Juga Perlukan Untuk Memperbaiki Setiap Kekurangan Dan Kelemahan Ana.. Tapi Apa Yang Ana Boleh Kongsi Disini Perkataan Ukhuwah Itu Harus Saling Memahami, Membantu, Walau Kita Tidak Mampu Menmberi Cukup Sekadar Mendengar, Jadilah Sahabat Dan Pendengar Kepada Sahabat Yang Lain Insayaallah Akan Wujudnya Ukhuwah….. Selamat Menyambut Maal Hijrah Moga Tahun Ini Lebih Baik Dari Tahun Yang Lalu…

Friday, August 12, 2011

erti sahabat............


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......






senyum la.....senyum laaa

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

Saturday, July 30, 2011

Kalam sufi

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.


Ibrahim b Adham berkata, seseorang itu tidak akan mencapai darjat kesolehan kecuali melalui 6 rintangan, iaitu :
1. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan (merendah diri)
2. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran.
3. Menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga (untuk beribadah)
5. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan.
6. Menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap sedia menghadapi mati.
Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

RENUNGAN BUAT YANG INGIN MERENUNG

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.



Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabdaRasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan- kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam

Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU"

Monday, July 4, 2011

ketenangan..............

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

ya allah ku mohon agar kau ampuni segala dosaku ya allah....dalam mencari sebuah kehidupan cabaran dan dugaan silih berganti, masalah hadir tanpa dijemput dan pergi tanpa perintah tetapi manusia cepat rebah apabila ditimpa satu musibah subhanallah......karya ini ditulis bukan untuk merendahkan sesiapa tapi sekadar berkongsi rasa walau pembaca tidak mampu merasai tetapi cukuplah sekadar mengetahui betapa lemahnya hati apabila ditimpa satu dugaan.. setiap manusia tidak meminta dugaan yang datang dan dugaan itu hadir seperti angin.. akan ada badai yang melanda cuma kita sahaja yang mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi..menempuhi dan menghadapi setiap ujian yang melanda... kita sering menangis dan rasa teraniayai,tidak dihargai oleh sesiapa pun tapi siapa kita untuk memenuhi dan setiap keperluan orang lain.

setiap manusia ada kelemahannya tapi itulah kelemahan yang diberi anugerah yang tidak ternilai..doakan moga setiap keputusan yang dibuat tepat dan betul............

Tuesday, June 7, 2011

HARI ESOK UNTUK ISLAM...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.






Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.


Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat
dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam
telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86). Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.


Menerjah Arus............


Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Assalamualikum kepada semua pembaca sekalian...terima kasih diatas setiap sekongan dan dorongan... dalam menghadapi setiap liku-liku di bumi aceh...pelbagai perasaan dan masalah yang timbul tetapi siapa tahu dan siapa duga apa yang berlaku ada hikmahnya. Hanya doa seorang ibu yang masih kekal sebagai kekuatan utama walau kadang kala terpaksa mendahulukan apa yang lebih penting dari yang penting. Dan kini penulis merasakan hari yang dilalui semakin mencabar. Kalau seseorang yang tidak mampu mungkin kini sudah tersungkut tetapi dengan adanya sokongan dari bebarapa orang yang penting kini penulis yakin cabaran dan ujian adalah untuk mematangkan dan untuk memberikan persediaan yang lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih kuat. Walau kadang-kadang penulis merasa teranianya dengan perihal dunia tetapi inilah lumrah kehidupan setiap apa yang berlaku ditempuh dengan penuh redha subhanaallah hanya itu sahaja yang penulis mampau katakan sebagai orang yang sering diuji... sememangknya bibir mudah mengatakan sabar tetapi hati yang merasa terlalu payah untuk dihadapi... segala permasalahan yang berlaku dianggap suram dan menyakitkan tetapi itulah arti ujian yang sebenar... tidak ada sesuatu ujian tanpa hikmah.. dan tidak Allah menguji seseorang dengan sesuatu perkara yang melebihi kekuatan seseor ang induvidu... nikmat hanya dirasai apabila seseorang itu sabar dalam menghadapi ujian tersebut.. dan tidak semua orang terpilih dalam merasai ujian tetapi hanya beberapa insan yang terpilih itu lah perkara yang telah menjadi arus kehidupan malah menjadi suatu perkara yang wajib bagi hambanya... ALLAHUKBAR...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

Sunday, May 29, 2011

SUBHANAALLAH NIKMATNYA UJIANMU....

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualaikum....
Terlalu lama membisu kini kita bertemu kembali ke diruangan hati  kini penulis kembali dengan satu semangat yang terlalu lemah,kecewa,resah dan gelisah sehingga tiada yang mengerti entah kenapa dan bagaimana tapi ia mungkin beberapa faktor yang amat mengganggukan serta menghilangkan semangat yang ada... kini penulis menghadapi keadaan yang terlalu sulit sehingga penulis tidak mampu mengambarkan pada orang lain... hanya Allah dij adikan tempat bergantung hanya Allah yang didahului...tidak ada yang lain... kini penulis tidak meletakkan SAHABAT  sebagai tujuan utama biarlah sementara ini penulis sujud dan menangis di tikar sejadah daripada menangis di depan seorang insan yang tidak mengerti malah tidak memahami... duhai ibu yang melahirkan mu maafkan anakmu duhai ibu banyak dosa yang anakmu lakukan sehingga hati ini sentiasa resah dan gellisah, duhai ibu ampunkan dosa anakmu yang tidak mampu menjadi anak yang baik seperti ibu mahukan...

Duhai ayahanda semoga ayahanda selamat di dunia yang baru dan dirahmati selalu berada di dalam golongan orang2 yang soleh...kehilanganmu membuatkan ku gugur dan sering tersungkur.. kehilanganmu menghilangkan tempat ku mengadu ayahanda laa yang seorang insan yang memahami dan paling mengerti lindungilah kami ya allah... andai aku gagal menjadi mujahidah gugurkan syahidku sebagai hamba yang mampu berjuang ke arahmu agamamu.. ya rabbi izzati kuatkan hati kami eguhkan jiwa kami dan kuatkan hati kami menerima ujianmu ya allah....tunjukkan ku jalan.. terangilah jalan hidupku dengan cahya kasihmu pimpinlah aku dengan hidayahmu... duhai tuhanku usah kau biarkan diriku terleka dalam dunia yang penuh dugaan...ya allah tunjukkan jalan kebenaran suluhkan jiwa ku dengan keimanan hanya padamu oh tuhan ku sandarkan harapan............. :)









Tuesday, May 10, 2011

wajah yang menyenangkan...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

assalamualaikum semua sahabat sekalian ...

malam ini penulis ingin melakar sesuatu yang kadang-kadang kita anggap ia tidak penting tetapi padahal ia merupakan sesuatu yang penting..  pada pendapat semua sahabat wajah macam mana yang boleh membuatkan hati kita menjadi tenang?? kalau nak lebih jelas wajah siapa? agak-agak la bila kita bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali bagaimana agaknya persepsi kita kepada orang tersebut?? ada yang ingin berkongsi tak?? heheh nie yang buat penulis nak ketawa sebab rata-rata orang bila dia jumpa penulis dia akan cakap budak nie sombong la? betul tak sahabat semua?? isss garangnya kakak nie sapa dia 2? haha itu la contoh situasi yang penulis boleh kongsi sebab setiap orang mempunyai pendangan yang tersendiri.

Sebab itu  bagi penulis persepsi kita terhadap orang yang kita  temui bergantung pada wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukan lah terletak pada kecantikan semata-mata. walaupun setiap manusia mempunyai wajah yang berbeza dari rupa paras tapi perasaan seseorang itu lahir dari sanubari kita. Bagaimana wajah kita bila bertemu dengan golongan yang lebih tua agaknya la sama tak bila kita jumpa orang yang lebih muda dari kita.. Bagaimana pula dengan perbuatan kita, percakapan kita,senyuman kita adakah dengan wajah yang ceria atau bagaimana??

Semua manusia mempunyai kelemahan diri. Segala apa yang kita lakukan seharian akan diperhati sama-sama la kita mencuba perbaiki kelemahan diri. Jangan kerana kelemahan kita merasa lemah, rendah diri tanpa mencari solusi atau mencuba perbaiki kepada yang lebih baik.  sentiasa la niat bahawa setiap perbuatan kita, amalan dan apa yang kita lakukan dalam seharian adalah untuk Allah. Sesungguhnya mafhum dari Rasulullah SAW  "sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan". 

Senyum laa dalam semua keadaan sama ada ketika diuji ataupun didalam keletihan kerana itu lah kunci kepada sesuatu. senyuman boleh membuatkan diri  kita lebih yakin dan nampak ceria dan semua orang yang berada di sekeliling akan merasa senang dan gembira. Ia boleh menjadi penawar kepada ibadah malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah maka ia akan
menjadi ibadah sedekah. Kecerian adalah anugerah yang amat bernilai bagi manusia. Apabila kita ceria semua insan yang berhampiran dengan kita akan gembira dan tertawa inilah kunci sebenarnya sebuah kecerian. setiap wajah yang memandang kita akan merasa senang hati apabila kita ceria dan gembira. 

Apabila kita mengeluarkan kata-kata haruslah menggunakan kata-kata yang tidak meyakiti supaya tidak ada yang terluka. keluarkan lah kata-kata yang mampu membuatkan orang tersenyum gembira contohnya pujian dan sebagainya. dalam mafhumya surah al-baqarah ayat 38 yang berbunyi "ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia". Jagalah pakaian kita dengan cermat dan baik. sesorang induvidu harus menggunakan pakaian yang sesuai untuk ke destinasi yang dituju. persepsi orang yang melihat kita bergantung kepada pemakian kita sendiri. Setiap manusia suka kepada sesuatu yang cantik malah setiap yang memandang akan merasa bangga dan bahagia. kita sebenarnya mampu membuat semua orang senang bila melihat wajah kita. hanya kita yang mempu mengubah diri untuk menjadi orang yang terbaik. jika kita memberikan kebaikan maka kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan.

penulis memohan maaf seandainya nukilan malam ini ada kesilapan.. ini adalah teguran bersama kerana penulis juga mempunyai sifat-sifat yang perlu diubah jadi marilah kita bersama-sama mengubah diri kita untuk mejadi yang terbaik... menjadi insan lebih bermakna buat semua orang dan bernilai bagi orang yang berada disekeliling kita... selamat beramal semua sahabat.....syukaran..











Thursday, May 5, 2011

story ku.......

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




assalamualaikum..

kerana sekarang musim mixtem dan perbentangan makalah or asyment jd penulis tidak  mempunyai masa untuk update blog..dah lama rasanya penulis tidak melakar cerita dan juga melakar rahsia hati ... blog la cara yang penulis meluah rasa dan juga perasaan. seperti yang kita tahu akan ada saat gembira,duka,gelisah,risau dan sebagainya dan inilah cara penulis untuk berkata-kata atau meluahkan rasa hati dikala memerlukan seorang teman setelah Allah mendahului tetapi manusia tidak boleh lari dari manusia yang lain....sangat memerlukan dan kita mempunyai hak-hak yang harus dipenuhi oleh orang lain...

kini sudah hampir setengah tahun penulis berada di bumi aceh perasaan rindu yang terlalu kuat buat ibunda n arwah ayahanda disana....rindu yang teramat sehingga sukar untuk penulis bayangkan sekiranya melihat ibunda....hati ibu  mana yang tidak gembira setelah 1 tahun tidak menatap wajah anakanda tercinta.. dan anak mana yang tidak merindui ibuanda yang jauh disana...

hati ku kini dimiliki oleh satu hati yang sukar untuk ku katakan... iaitu.....

Dan bila ku akui cinta mu 
mula bertapak mula bertakhta hilanglah sudah  kisah lama
Dan bila mula melangkah berdua seiring sama dalam kembara mengenal apa itu cintaa..OOOO
kini ruang kekosongan mula terisi  dan dilakari seribu makna kasih.........



ini cuma lagu je bukan kata-kata cuma penulis terlalu rindu kepada anak-anak saudara....mereka la cinta penulis.. dan kini penulis hanya membilang tarikh dan hari untuk pulang kepangkuan mereka..itu la cinta dan rindu penulis...

ini cuma kata-kata biasa sebab malam ini saja penulis nk borak kosong kalau ada yang nk kenal keluarga penulis 2 diatas..sebenarnya ramai lagi tapi x muat hehhe sebab keluarga ramai sangat jadi satu fhoto x cukup...

kalau rasa nukilan nie x best maaf ye sebab penulis sekadar memenuhi ruang ini sebab dah lama tak update jadi kalau rasa ruang ini kosong sila la bagi cadangan lagi... yee byeee



Tuesday, April 26, 2011

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.




Aku tak boleh, aku tak kuat."     
"Aku lembik, lemah."    
"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d eng  an keadaan."  
"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."  
"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat san gat."

Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.

Firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." [Al-Mu'minun : 60]

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Doa itu ialah ibadat." [HR Bukhari]

Dalam hadith lain, Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Doa merupakan satu ibadat." Lalu baginda membaca ayat, "Dan berkata Tuhan-Mu: Berdoalah kepada-Ku." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]

Aku patuh pada takdir-Nya, kerana aku tidak tahu perkara yang terbaik bagiku melainkan Dia, Pencipta aku yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan aku.

Firman Allah S.W.T :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya : "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah S.W.T jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Al-Baqarah : 216]

Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hamba-Nya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.

Firman Allah S.W.T :
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Maksudnya : "...Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
[Az-Zumar : 7]

Tatkala aku menerima ketentuan, terdetik juga kekeliruan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.

Firman Allah S.W.T :


قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya), patutkah aku mencari Tuhan selain Allah S.W.T, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Allah S.W.T tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan pada-Nya.[Al-An'am : 164]

Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, dengan adanya amanah ini bertambahlah ibadat aku kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang muslim. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.

Firman Allah S.W.T :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui."[Al-Baqarah : 30]

Firman Allah S.W.T :

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah  sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."[Al-Ahzab : 72]

Firman Allah S.W.T :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : "Ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."[Ad-Dzariyaat : 56]

Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku wahai Tuhanku.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: "Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa." (HR Muslim)

Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan melawan.

Segala tindakan aku sebagai pemegang amanah tertakluk kepada terma dan syarat Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang berada dalam satu pakej lengkap iaitu Islam. Sesunguhnya aku akan ditanya di mahkamah akhirat yang tiada sebarang ketidakadilan dan keraguan. Islam itu akan membuahkan iman dan ihsan, dan titik bermula segala tindakan ialah hati.

"Sesungguhnya, di dalam badan manusia itu ada seketul darah. Jika ianya baik maka seluruh anggotanya turut baik dan jika ianya buruk, buruklah seluruhnya. Itulah dia, hati." [HR Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya, telah banyak yang menjadi persoalan telah dijawab di dalam Al-Quran. Namun hanya aku yang tidak menyedarinya. Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. Aku akan jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.

Monday, March 21, 2011

JANJI...

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

  
Ayat 10 maksudnya:  Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

  
Ayat 11 maksudnya: orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) Yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (Wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". mereka berkata Dengan lidahnya apa Yang tidak ada Dalam hatinya. Katakanlah (Wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka Adakah sesiapa Yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (tidak ada sesiapapun, dan apa Yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha mendalam pengetahuannya tentang sebab ketinggalan Yang kamu lakukan itu (dan ia akan membalasnya). surah al-fath


Wednesday, March 16, 2011

دين apa maksudnya.............

Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri." "Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.



بسم الله الرحمن الحيم 

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

selamat pagi sahabat sekalian kini ana tidak ingin mengupas sesuatu yang berat tetapi sekadar perkongsian pagi. pagi ini ana mempelajari bahawa makna din kalau asalnya bermaksud agama tetapi ana baru ketahui bahawa din itu maksudnya janji dan agama berasal daripada india... din yang kita fahami atau tafsirkan adalah agama tetapi maksudnya yang asala adalah janji....ana juga tidak ketahui tetapi kita sama-sama kaji adakah betul din itu bermaksud janji atau agama.........

kalau ada sebarang komen atau tidak puas hati sila komen.....










Saturday, March 12, 2011

Pejamkan Mata



Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri.""Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.

WILDAN Setia Seorang Isteri



Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri.""Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.



buat yang bakal menjadi isteri dan seorang sahabat yang akan menamatkan zaman bujangnya hari ini....doakan kau kan bahagia mendoakan agar menjadi isteri yang setia...............

AIMAN - KU AKUI CINTA



Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri.""Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.



akan datang badai yang menghempas..............namun kita akan terus bertahan insyaallah..........

Friday, March 11, 2011

MANISNYA MASALAH.............................

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT KU DAN ADIK2 KU.............

 

 
Lama tidak melangkah kedunia blog kini ana bersua kembali dengan melakar sebuah pengalaman yang seakan-akan sukar untuk dilupakan.. manusia mana dalam dunia ini tidak mempunyai masalah, tidak kita masalah apa samada masalah keluarga, kawan,pengajian,teman sebilik,rumah sewa,kepimpinan dan seumpamanya. tetapi kalau kita hanya memikirkan masalah yang timbul tanpa memikirkan solusi atau jalan yang terbaik apakah masalah yang kita hadapi akan selesai atau kita mengambil jalan keluar dengan mudah untuk melupakan tanpa adanya jalan penyelesaian.... bagaimana? apa pendapat teman sekalian... tetapi setiap manusia akan ada cara tersendiri apabila berdepan dengan masalah samaada perasaan takut,resah,kecewa,risau,marah dan geram. 

Akan ada beribu-ribu perasaan malah apabila berhadapan dengan masalah seolah-olah kita tidak akan mampu untuk berhadapan dengan semua orang kerana fikiran agak kacau bilau. kalau boleh semua orang kita nak marah kalau otak kita tengah serabut... betulkan so apa jalannya??? jom kita sama-sama fikir..

Tetapi  kalau ana laa bila hadapi masalah memang nak marah dengan semua orang tension sangat-sangat memang x boleh bagitahu orang. Sebab masalah yang kita hadapi akan mempengaruhi otak kita dan pergerakan kita sebab itu kadang-kadang dalam kita bermasalah dan menghadapi masalah jiwa kita tak tenang dan muka kita memang dah tak senyum masam mencuka orang cakap heheh....betul tak? kalau betul maaf laa itu ana kata ana la... kalau orang lain ana tak tahu tetapi bila datang bumi aceh nie wow memang kena banyak belajar erti sabar la.... kebetulan sekarang tengah belajar sabar dan juga baca buku  tajuk sabar. memang diakui payah nak belajar sabar tapi alhamdulillah berkat doa dari semua orang akhirnya sabar itu boleh dipupuk kalau kita tidak mempunyai rasa marah.... semuanya memang payah tapi apakah daya memang kena ubah la..

tapi ana nie nak kata pelik bukan pelik tapi kalau ana ada masalah baik ana dok jauh dari orang sebab kalau ana marah bukan sorang yang kene heheh kena semua orang itu la yang parahnya nak buat macam mana ia tabiat tapi lama-lama kita kena fikir jugak la perasaan orang macam mana...kena cuba ubah orang cakap berlapang dada so sekarang nie kalau ada masalah senyum je la.... sebab ada seorang hamba Allah ajar kalau ada masalah walau seberat manapun mulut mesti senyum je x mau muka ada masalah....selagi x senyum comfrom kena marah nie la kawan yang paling baik.....walau kena marah dia cakap ermm sabar orang beriman kena sabar kalau rasa nak marah akan ada la lucunya akan ada cerita yang boleh buat kita gelak... kena la cari kawan macam tu kalau jumpa jangan tinggal jaga la elok....jangan lepaskan...

tapi memang diakui la sehebat mana pun orang tu tetapi kalau masalah datang akan ada masalah yang kita tak mampu untuk hadapi dan akan ada masalah yang kita mampu hadapi macam mana nak hadapi masalah itu kita senyum je la itu je cara ana pun dah hampir 3 bulan praktik mungkin sekarang ana mampu lagi bertahan dengan senyumam tetapi ana tidak tahu sekiranya akan ada ujian dan masalah yang lebih berat dari hari ini tapi mintak-mintak tidak ada. Kalau ada ana harap ana mampu untuk hadapinya.... semua manusia akan hadapi masalah yang berbeza tetapi walau kita hampir jatuh dengan masalah yang kita hadapi kuatkan semangat la jangan cepat putus asa... 


kuatkan hati selalu dekatkan diri dengan Allah dan yang penting hajat jangan tinggal pastikan setiap malam atau hari kita solat hajat biar hati kita tenanag, lagi satu walau kita cuba jaga hubungan dengan AllAh dengan solat diawal waktu kita juga harus menjaga hubungan kita dengan manusia kalau ada sahabat-sahabat yang lama kita musuhi maafkan kesalahan mereka dan ampunkan lah kesalahan mereka insyaallah berlapang dada dan berlembut la..............insyaallah semua masalah dapat diselesaikan...


itu lah sedikit luahan hati pada malam ini ana sambung lain hari plok sebab nak siap asyment nie......

wasalam..........