Friday, October 29, 2010

AKU, DIA DAN KAMU


kini ku kembali ke layar sepi.. menyelami kehidupan dibumi aceh menyelam segala lautan..agar aku teguh dan kuat walau banyak dugaan yang terpaksa aku hadapi.. aku terkenang bumi kias jauh perbezaanya.. aku melihat sepintas lalu pada jam randik ku aku merindukan suasana dulu bersama melihat keindahan,memerhati dan menyelami hati masing-masing bila kepenatan. kami akan bertemu dan berbincang pelbagai topik.
"oi khyal je kchik teringat sape oooooo diam-diam ye"
"pandai la kyang mana ada"
" kyong tahu"
"sape kyong"kchik tak bagitahu kyang ye sampai hati betul la"
"kalau kchik semua dia nak"alamatnye semua muslimin kias dia nak sapu" hahaha
"eh tolong sikit eah seronok je ye mengata orang happy je ye"

semua yang ada ketawa memecahkan suasana termasuk pengerusi helwi tersenyum melihat telatah pimpinan mereka nampak seperti syadid tetapi fuh perangai macam kanak-kanak. bila bertemu bersua dan berbincang ada sahaja yang mnejadi bahan gurauan mereka sehingga sesiapa yang memandang akan ketawa dan tergelak maklum la perengai pimpinan sukar ditafsirkan apatah lagi difahami lebih-lebih lagi aku yang sukar diertikan perangainya.

tapi itu la perkenalan kami siapa sangka perbualan itu menjadi kerinduan sekarang dimana mereka?? bagaimana kehidupan mereka rindunya aku sebagai sahabat, mencari kerinduan agar rindu ini terbalas dan difahami walau aku tidak tafsirkan. sungguh indah perkenalan andai ia hadir kerana kesatuan,kegembiraan dikongsi agar ia menjadi satu, kekerasan yang ada dilembutkan dengan teguran yang membina.. subhanaallah mana ingin aku cari erti itu wujud ke dibumi aceh yang aku hinggapi sekarang. indahnya persahabatan ini andai hati-hati ini bersatu dengan kehendaknya. bagaimana ingin aku jelaskan ya rabbi tentang kerinduan ini kepada mereka yang jauh apa yang aku fikir adalah aku memandang langit yang sama berasa di bumi yang sama... aku merindui saat itu.. saat berpesatuan aku mengharungi dunia yang penuh mencabar sehingga aku tidak yakin untuk bergiat kembali. walau sakit dihati masih terasa kerana nilai yang ada aku akan lupakan semuanya andai kami disatukan dan bertemu kembali.... pada malam hari lahir ku mereka menyambut dengan penuh perancangan tapi aku melemahkan mereka kerana aku bencikan kepada kejutan aku...

mesej "salam dijemput datang ke bilik helwi segera ada liqa tergempar"

aku terkejut bila menerima mesej itu. tapi aku tahu niat mereka. selang sepuluh minit ada sahabat yang datang mengetuk pintu bilik ku.
"assalamualaikum ."chik buka kejap pintu jap along nak masuk nie.. mai la kami buat majlis khas untuk kchik nie"
"maaf kalau kchik terasa dan sakit hati"
"kami hanya ingin memberi kejutan untuk menyambut hari lahir je"
" tidak ade niat pun"
"maaf la kami tak kan buat lagi. untuk tahun ini sahaja"
"buka la pintu nie"
"along,,ngah,teh,lang,we,kyong,ucu,kayang,anja, minta maaf kalau kcik marah kami. buka la pintu nie kami tunggu kchik bilik helwi ye.datang jangan tak datang "

aku berfikir aku memang tidak suka kejutan tetapi lama kelamaan aku buka pintu dan menuju kebilik helwi.. aku terkejut melihat makanan yang mereka sediakan terkejut aku..sampai tidak terkata.. sebenarnya aku gembira mereka menyembut rasa dihargai tapi itu la silapnye... mereka gembira menyembut kedatangan aku..aku diam membisu tanpa kata... lalu tangan ku disentuh.....dipegang tanda keikhlasan.. mata itu memandang ke arah mata ku. kami bertentangan dan mata kami memandang kami bersatu.
"along mohon ampun buat perancangan ini tidak pernah along terlintas untuk buat sesuatu diluar pengetahuan. ia hanya sekadar sambutan biasa sahaja. kami minta maaf ye kcik."
"aku hanya menganguk dan tersenyum"
kini kenangan ini hanya tinggal kenangan.. semua memori itu hanya bermain difikiran tidak mampu aku luahkan.. kini hanya tinggal kenangan bersama aku... semua terjadi kerana ilahi dan kami berpisah hanya untuk bersama itu lah kata-kata pok su li. kini masing-masing sudah jauh diperantaun.. aku merindu saat itu teman andai boleh dipusing kembali ingin aku ucapkan terima kasih... diatas segala teguran dan keikhlasan yang kamu berikan sehingga aku berjaya seperti hari ini.terima kasih kerana memberikan semangat dan pengalaman yang baru,setiap sokongan yang kamu berikan tersemat di hati. moga-moga hati masih kekal dalam perjuanganya. masih seperti dulu... selamat berjaya sahabat ku... insayaallah kita akan bertemu kembali.. setiap pertemuan ada perpisahan melalui perpisahan ini aku mengetahui dan merasai erti sebuah rindu..kasih sayang dan nilai menghargai setiap insan yanga wujud disisi.. wahai sahabat andai kalian membaca warkah ini ingat la bahawa perjuangan ini tidak berhenti disini..

ciptakan pengalaman baru untuk hari yang mendatang.. kita akan bertemu lagi andai maut tidak memisahkan kita aku menukilankan luahan ini kepada sahabat yang bersama-sama ,bertahan didalam satu perjuangan,tidak pernah putus asa walau jatuh begitu juga degan aku kerana persatuan aku mengelirkan air mata kerana sakitnya tidak sama dirasai dan tidaka kan dirasai bagi orang yang bukan bersama kami.. namun sakit itu hanya sebahagian ujian dalam meniti jalannya dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kesakitan itu.. waalu perit tapi itu la tanda persahabatan kami tiada yang mengerti namum kau,dia dan kamu kerana pengorbanan kalian la yang menbuatkan aku berdiri samapai sekarang... walau rebah kalian la yang menghulurkan tangan membantu sedaya upaya.....

ikhlas nukilan ( kchik ... maafkan aku teman)

Thursday, October 28, 2010

pengorbanan (sory x sedap) mungkin bnyk kelemahan


Di dalam sebuah pendalaman, tinggal dua beradik bersama seorang duda. Ibu mereka telah meninggalkan dua orang anak lelaki kepada duda ini. Anak pertama bernama Ahmad dan berada didarjah 5. Manakala, anak kedua bernama Atirah berada darjah 3 Ayah kepada kedua adik-beradik ini memberi kasih sayang yang sama kepada kedua-dua anaknya setelah isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak kedua mereka. Semenjak daripada itu lah ayannya yang mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah mereka.

Adik.. Bangun la.. Tak elok tidur lepas subuh ni..”

Si ayah mengejut Si Adik yang menarik selimut selepas selesai solat subuh.

“Laa.. Tidur lagi.. Oit.. Bangun la.. Orang dah siap mandi dah.. Sejukkkk!!”

Si Along keluar dari bilik air kesejukan.

“ayah gi la mandi dulu.. Nanti dah sudah mandi kejut adik eh.. Mandi lama-lama sikit..”
Si Adik menarik semula selimut menyelubungi seluruh badannya.

Pagi itu, suasana ceria dengan telatah dua beradik.. Si Ayah sibuk menyediakan sarapan yang amat menyelerakan. Sambil makan, Si Ayah mengambil tahu keadaan pembelajaran anak-anak mereka. Masa yang terluang bersama dimanfaatkan. Ada sahaja yang diborakkan sambil ketawa dengan telatah Atirah yang manja dan merengek serta membebel apabila dikejutkan pada waktu pagi sedangkan sesi persekolannya adalah tengah hari. Setiap pagi Ahmad dan Ayahnya akan ketawa kerana telatah Atirah. Seperti arwah ibunya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kringggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu pulng telah tiba. Pelajar-pelajar lain sudah keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan pagar sekolah. Masing-masing ingin pulang cepat begitu juga dengan aku supaya cepat sampai di rumah. Hari agak panas aku berlari tanpa memikirkan peluh-peluh yang mula menjalar dari liang-ling roma ini lah kesukaran hidup.

Rumah ku berada dihadapan surau lama di kampong payung sebatang, desa rukoh Kelantan. Berdekatan dengan pasar ikan dan juga sayur-sayuran. Tetapi aku tidak melalui jalan besar kecuali terpaksa berkunjung kepasar untuk membeli barang-barang keperluan. Kerana kesibukan jalan raya, agak menyulitkan dan jarak yang jauh sedikit berbanding dengan jalan yang biasa aku lalui. Aku biasa melalui jalan kampung yang berdekatan dengan sekolah pondok haji hamid.

Keluarga Ahmad hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan kerana ayanhnya hanya bekerja sebagai buruh di tempat pembinaan sekolah malah banyak kelengkapan persekolahan yang tidak mencukupi tetapi Ahmad dan keluarganya tetap hidup dalam keadaan gembira dan ceria. Ayahnya tidak mampu untuk untuk memberikan kelengkapan begitu juga dengan pemakaian dan juga alat-alatan sekolah. Ayahnya telah berusaha untuk menjadi ibu dan bapa serta menyediakan sarapan serta memastika kebersihan rumah sebelum ke tempat kerja, kerana kemiskinan yang dialami oleh mereka Ahmad dan Atirah berdikari serta matang dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh kerana ingin membalas jasa ayannya kelak, kerana kemiskinan ini Ahmad dan Atirah memakai kasut yang sama dan bergilir-gilir.

Suatu hari ketika ayahnya menuju ke tempat kerja ayahnya telah ditimpa kemalangan dan mengalami kecedaraan yang teruk. Ahmad dan Atirah teruji lagi mereka menerima dengan penuh redha. Itu adalah ketentuan yang telah ditetapkan dan sebagai hamba mereka menerimanya walau pun sedih dengan masaalah yang bakal mereka hadapi sedangkan pada waktu itu mereka masih masih lagi kecidan keanak-anakan. Pergurus di tempat ayahnya seorang yang tidak bertanggungjawab malah tidak membayar wang ataupun insuran dengan alas an kemalangan itu tidak berlaku ditempat kerja. Malah bayaran hospital sahaja sudah mencecah ratusan ringgit tetapi dibantu oleh penduduk kampung sekadar termampu.

Kini mereka telah bergilir-gilir menjaga ayahnya yang sakit mujurlah kelas mereka tidak sama kerana Ahmad bersekolah pagi manakala Atirah bersekolah pada tengah hari. Mereka juga berkongsi kasut yang sama kerana kemiskinan ini la mereka belajar untuk berkasih sayang diantara satu sama lain. Mereka menjaga ayahnya tanpa rasa penat dan lelah. Malah zakat dan derma diberikan kepada mereka tetapi tidak mencukupi kerana ayanhnya tidak mampu bekerja lagi. Ahmad berimpian untuk membelikan kasut baru kepada Atirah kerana kasihan melihat Atirah memakai kasutnya yang bukan saiznya.

Suatu hari sekolah mereka akan mengadakan pertandingan lumba lari diperingkat sekolah Rendah malah semua sekolah hadir akan menghantarkan wakil. Apabila Ahmad mendengar bahawa hadiah yang akan di tawarkan salah satunya hadiah kasut Ahmad beriltizam untuk memasuki dan menyertai pertandingan tersebut. Namun kita merancang tuhan yang menentukan. Setiap perancangan ada hikmahnya. Pada hari temu duga untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah Ahmad terlewat sampai ke sekolah dan didenda oleh guru disiplin di padang. Dan ketika itu telah bermulanya sesi pemilihan tersebut. Pemilihan hanya dibuat dan akan tamat pada pkul 9.30 pagi sahaja.

Dan ketika itulah Ahmad melihat pemilihan tersebut sehingga sesi pemilihan tamat tetapi denda yang dikenakan belum lagi tamat. Dia meminta dengan guru disiplin untuk berjumpa degana guru Asnawi selaku guru sukan sekolah tersebut. Dan guru disiplin mengizinkan dengan perasaan gembira Ahmad terus berlari selaju yang mungkin.

“ assalamualaikum cikgu?”

“waalaikummussalam. Apa yang boleh saya bantu.”

Maaf cikgu saya terlewat saya mahu mengikuti pemilihan tersebut.”

“Maaf Ahmad kamu sudah terlewat masanya telah tamat. Saya telah memberikan tempoh kepada sesiapa yang hendak menjadi peserta mesti datang awal. Saya tidak akan menunggu kamu”tolong jaga masa anda. Ini baru pemilihan sahaja nanti kalu sudah menjadi peserta adakah saya yang menunggu kamu.. saya perlukan peserta yang berdisiplin serta sentiasa menjaga masa.

“Tapi cikgu”

“Jangan memberi alasan . permohonan kamu ditolak tunggu sahaja tahun depan ..sudah saya banyak kerja”

Ahmad tidak putus asa disitu. Ahmad memandang cikgu Asnawi denga perasaan sepi dan kaku

--------------------------------------------------------------------

Pada keesokan harinya Ahmad bertemu lagi dengan guru Asnawi untuk meminta izin buat kali yang kedua. Dia memahami bahawa cikgu Asnawai merupakan guru yang tegas malah Ahmad tidak meletakkan kemarahan kerana cikgu Asnawi merupakan guru yang baru dan tidak mengenali Ahmad lagi. Tetapi guru tersebut masih tidak membenarkan Ahmad untuk mengikuti pemilihan lagi kerana masa telah tamat. Ahmad tidak putus asa lagi dia pulang ke kelas dengan perasaan hampa lalu memikirkan cara bagaimana untuk mengambil hati cikgu Asnawi. Fikiran Ahmad tidak tenang selagi dia belum menerima persetujuan tersebut. Setiap apa yang dipelajari hari ini tidak sedikitpun diendahkan. Dia mulai risau sekiranya dia tidak mampu untuk mengikuti pertandingan itu mungkin dia sudah tidak berpeluang lagi untuk memiliki kasut untuk adiknya. Dia pulang dalam keadaan murung dan pendiam sehingga menimbulkan persoalan di hati seorang bapa.

“kenapa mad? Ada masalah ke.

“tidak ayah mad tidak mempunyai masalah.”

“Jangan tipu ayah kenal anak-anak ayah. Ayah tahu anak ayah ada masalah kenapa tidak bagitahu ayah.”

“Tidak ada apa-apa ayah perkara biasa saja ..Cuma .....”

“Cuma kenapa?

Begini ayah mad nak masuk pertandingan lumba lari tapi pada hari pemilihan mad lewat sampai dan didenda sehingga tamatnya waktu pemilihan tersebut. Mad sudah jumpa cikgu asnawi tapi dia tdak ingin mneerima lagi. Tapi mad nak masuk sangat ayah.”

“Solat hajat adalah jalan untuk membuka hati seseorang pohon la supaya Allah membuka pintu hati guru tersebut. Dia memahami setiap masalah yang diberikan dan setiap masalah ada jalanya. Tapi mad tidak memiliki kasut sukan kan macam mana mad nak berlari nanti?

“Ye la ayah mad terlupa bahawa mad belum membuat solat hajat. Itu ayah jangan risau mad boleh pakai kasut sekolah.”

Ayahnya tersenyum bangga melihat telatah anak-anaknya walau serba kekurangan tapi masih gigih berusaha dan ayahnya percaya kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka berdua insayaallah mereka akan berjaya kelak bukan sahaja dari segi persekolahannya malah mantap dari segi ilmu dan pengalamannya.

----------------------------------------------------------------------

Malam itu doa Ahmad panjang sekali. Memohon agar dilembutkan hati guru tersebut untuk menerima permintaanya.hari itu dia akan menerima segala ketentuan ilahi sekiranya gurunya masih menolak maka ada hikmahnya. Dengan doa dan restu dari seorang ayah dan adiknya dia melangkah gigih untuk berjumpa guru tersebut pada waktu rehat nanti. Dia akan menerima segalanya moga-moga keputusan yang akan diberikan adalah baik dan kalau keputusan sebaliknya dia akan menerima kerana segala perancangan dana ketetapan telah tertulis dan tercacat. Setiap apa yang tercacat pasti berlaku. Kita merancang dan yang akan memperkenalkan adalah Allah dengan izinya. Hampir tiba dengan tempat yang telah dituju.

“Assalamualaikam cikgu,”

“Waalaikummusasalam. Ada apa ahmad yang boleh saya bantu.?”

“maaf kalau menganggu cikgu. Tujuan saya datang untuk meminta kebenaran dari cikgu untuk mengikuti pemilihan tempoh hati.”kalau cikgu boleh buka kembali pemilihan itu.

Muka guru tersebut masah tenang. Lama guru tersebut diam seolah-olah sedang berfikir. Situasi senyap begitu juga dengan Ahmad. Tidak berani untuk mengeluarkan kata-kata lagi.

“hari nie bawa baju sukan tak?”

“Ada cikgu”

“Baik... 10 minit dari sekarang pergi salin pakaian dan jumpa cikgu di padang boleh ahmad”

“ ye ke Cikgu... Maksud cikgu?”

“ jangan banyak Tanya ikut saja arahan yang diberi masa berjalan”. Sekarang ye.

“Baik saya siap sekarang terima kasih cikgu.

Ahmad berasa gembira sambil berlari dia mengalirkana air mata tanda ksyukuran subhanaallah hebat perancanganmu ya allah berikan aku peluang ya allah. Tanda kegembiraan terpancar di wajah ahmad. Dia memberitahu sahabatnya tentang perkara tersebut. Sesi pemilihan telah bermula. Ahmad telah tiba di padang dengan siap berpakaian sukan ditemani sahabat-sahabat yang tidak jemu memberikan semangat. Ahmad memulakan langkah pertama dengan minit dan larian yang pertama. Dimulai dengan bismillah ahmad berlari pantas sekuatnya untuk memastikan dia berjaya memecahkan rekod. Dan akhirnya dia berjaya membuat dua pusingan dalam sekelip mata.. semua mata yang melihat terbeliak dan terkejut... ahmad berjaya memecahkan rekod.

Subhanaallah... apa yang aku lihat nie ..betul ke nie? Boleh percaya ke?

Dengan keadaan lelah aku mengawal badanku agar seimbang. Agar tidak terlalu kepenatan dan pengsan. Aku memandang ke langit cantiknya duniamu. Aku duduk sambil berzikir.

“tahniah kamu diterima.bermula pada petang esok latihan akan bermula. Berlatih la bersungguh-sungguh.”

Aku sujud tanda gembira. Aku mengalirkan air mata buat kali kedua Tanya syukurnya sebagai insan kerdil yang memperoleh nikmat-nikmat yang diberi. Subhanaallah aku Berjaya dan aku akan berusaha dengan bersungguh untuk mendapatkan kasut tersebut. Aku pulang dengan perasaan gembira sambil berlari aku tidak sabar untuk memberitahu ayah bahawa aku telah lulus ujian ini. Apabila sampai sahaja ke rumah aku terus berlari mencari ayah dan mencium tangan ayah dengan linangan air mata kesyukuran.

“Terima kasih ayah atas doa yang diberikan” cikgu telah bersetuju untuk menerima mad dan sekarang mad telah menjadi wakil sekolah dalam acara lumba lari ayah.”

“Ayah tahu anak ayah seorang yang berkebolehan. Tahniah” berusaha la bersungguh-sungguh.

Atirah menjerit tanda gembira dan kami berpelukan. Terima kasih ya allah diatas bantuan mu. Aku berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa mengabaikan pelajaran ku. Walau kesibukan dalam menjalani latihan tidak pernah aku lupakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar walau sesaat. Aku mula menyusun jadual sebaiknya agar tidak ada yang ketinggalan dan terlepas pandang. Akau masih seorang anak dan masih menjalankan tugas seorang anak. Walau kepenatan dengan tugas harian tapi Atirah sering meringankan beban sentiasa membuatku senyum dan gembira supaya aku tidak stress.

Hari yang ditunggu telah tiba setelah hampir 1 bulan menjalani latihan. Aku telah bersedia untuk bertanding. Aku memohon bantuan dari ilahi agar memperdengarkan hajat ku. Agar diperkenankan permintaan dan moga setiap urusan ku menjadi mudah. Dengan latihan yang diberi aku memohon pada mu agar membantu dalam mengharungi rintangan ini. Harapan dari sahabat, rakan taulan dan dari pihak sekolah. Kerana kemiskinan dan tidak mampu untuk membeli kasut sukan Ahmad memakai kasut sekolahnya. Hanya itu yang ada malah dia bersyukur dengan harapan kasut ini akan dapat pengantinya.

Acara telah bermula ahmad memulakan langkah dengan gerak perlahan supaya boleh mengimbangkan badanyan agar tidak terjatuh dan kepenatan. Dia terus bergerak semakin laju sedikit dan melintas seorang demi seorang peserta sehingga tamat pusingan pertama. Ini bermakan masih ada dua pusingan yang terpaksa dia habiskan dengan secepat yang mungkin. Ahmad maju kedepan dan semakin laju sedikit demi sedikit untuk menamatkan larian ini. Dengan membaca bismillah dia mempercepatkan larian sesaat demi sesaat sehingga la tamat pusingan yang kedua. tiba-tiba kasut sekolahnya terkoyak dan dia masih berlari meneruskan larian dan kakinya mulai sakit Ahmad mula cemas sakit kakinya tidak mampu untuk ditahan lagi. Kakinya berdarah dan luka tapi ahmad masih kuatkan semangat dan meneruskan larian sehingga sampai dipertengahan untuk menamatkan pusingan yang terakhir tiba-tiba dia terjelopok jatuh kakinya menjadi kebas dan kelihatan darah disetiap jalan yang dilalui isi-isi kakinya jelas kelihatan. Sakit yang teramat.

Dia memandang guru sukan yang terkejut dan juga memandang sahabat-sahabat dia tidak mampu untuk meneruskan larian. Sakit kakinya tidak tertahan lagi dia menangis tersesak-esak lalu memandang ke langit. Ahmad mula berputus asa dan dia menumbuk tembok dengan tangannya. Lalu dia terbayang wajah adik dan ayahnya yang kelihatan hampa kerana tidak berjaya untuk memiliki kasut tersebut dan yang pasti adiknya akan menuduh bahawa abangnya menipu.

Peluh dingin mulai keluai disetip liang roma lantas terbayang wajah hampa seorang adik apabila dia pulang kerumah nanti tidak bersama dengan kasut yang diidamkan.selepas itu dia bangun dan berlari semula sekuat hati tanpa dia sedar dia Berjaya mengalahkan semua peserta lain dan dia mendapat tempat pertama. Semua sahabat dan guru-guru gembira dan melompat dengan gembira kerana berjaya mengharumkan nama sekolah tatapi Ahmad tetap sedih kerana hadiah yang dimenanginya bukan kasut tetapi satu hadiah misteri iaitu sebuah basikal. Dia hanya memandang kaku basikal tersebut.

Hadiah kasut merupakan tempat yang kedua. Ahmad hanya memandang kasut tersebut dengan perasaan sedih dan matanya berair lagi dia menangis lagi. Ahmad terus memandang sepi kasut yang dipegang oleh sahabatnya. Di dalam perjalanan pulang Ahmad terbayang wajah adiknya yang sedang menunggu kasut yang telah dijanjikan. Setibanya dirumah dia melihat adiknya sedang mencuba kasut baru. Sebuah kereta yang tidak dikenali berada didepan rumah. Dan persolan yang pertama siapakah mereka?

Aku manaiki rumah dengan perlahan aku terkejut bahawa seorang rakan yang cukup aku kenali berada disitu bersama beberapa orang guru lain. Aku memandang sepi dan semua yang ada tersenyum gembira. Aku tidak mengerti pada asalnya tetapi datang seorang teman menghulurkan sepasang kasut yang mahal,cantik dan terus memeluk. Aku hanya memandang sepi.

“ aku hadiahkan kasut ini warna yang sama,jenis yang sama cuma saiz yang berlainan dari adikmu. Betapa besar pengorbanan yang kau berikan pada orang lain tanpa memikirkan kepentingan diri kamu. Kamu masih bertahan walau kaki luka dan berdarah. Aku kagum sekiranya aku juga memiliki seorang abang sepertimu. sekiranya wujud semua orang sepertimu aku juga yakin semua keluarga akan bahagia.

Hadiah khas buat ibu dan abang (noor azizi bin muda). pergobananmu merupakan kekuatan bagiku.

Tuesday, October 26, 2010

Berkapel & Displin Dalam Bertunang

kapel

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.


Sekian, Wallahu'alam. mg2 kita renung bersama........


Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2006

Sunday, October 24, 2010

IBU




Renungkanlah kwn2

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ibu

Bila merajuk yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah..ibu

Bila takut yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon Ibu

Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu

Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok aku cari pasanganku

Bila sedih aku cari Ibu

Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti aku bawa pasanganku

Bila sibuk aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu . aku ingat pasanganku

Selalu Ibu ingat kat aku

Bila..bila aku akan talipon pasanganku

Entah bila.. aku nak talipon Ibu

Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Mengalir air mata aku, namun masih lagi rasa terkilan di lubuk hatiku. Aku berdoa janganlah anak-anakku melakukan sepertimana ayahnya ini.

DON'T BE SAD


Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis. Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang.
Paling penting, anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan diri. Masalah akan selesai jika kita berusaha. Memang susah! memang payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan. Tapi bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai ujian, anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.
Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.....Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui," .....Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," .....Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," .....Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)." .....Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal." .....Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." .....Surah Yusuf ayat 12

Perkahwinan dan Kasih Sayang


Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Dalam masyarakat tradisional, peranan para suami dan bapa diletakkan sebagai penyara nafkah rumah tangga, manakala para isteri dan ibu pula berperanan sebagai suri rumah tangga. Kini keadaan masyarakat sudah berubah. Pada realitinya sekarang, ramai para suami, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak lagi memainkan peranan sebagai penyara nafkah yang tunggal dalam keluarganya, dan ramai para isteri tidak lagi memainkan peranan sebagai suri rumah sahaja. Sebaliknya, ramai isi rumah golongan sederhana kini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada pasangan suami isteri kedua-duanya.

Dalam konteks kehidupan masa kini di mana kedua-dua pasangan bekerja di luar rumah untuk menyara keluarga, masyarakat harus menilai kembali hak dan tanggungjawab suami isteri. Yakni satu penilaian yang mengimbangkan hak dan tanggungjawab masing-masing kerana ajaran Islam menganjurkan keharmonian, kesaksamaan dan keadilan dalam hubungan keluarga. Sepertimana firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman … bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dan lagi dalam Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (istermu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Melalui ungkapan-ungkapan ini al-Quran jelas menekankan keharmonian material dan moral kehidupan berkeluarga.

Ini merupakan suatu cabaran masakini yang perlu dihadapi dengan kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Kurangnya kefahaman mengenai asas hubungan suami isteri telah membebankan pihak isteri dalam keadaan realiti masakini. Adalah tidak adil jika suami mempunyai jangkaan dan tuntutan yang tidak realistik dan bertimbang rasa - di samping isteri bekerja di luar rumah untuk membantu kewangan keluarga, isteri juga perlu membuat semua kerja rumah, mendidik anak, berdandan rapi dan bersedia untuk memuaskan suami di dalam kamar pada setiap masa. Sebaliknya suami membantu isteri membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang janggal atau bertentangan dengan ajaran agama. Malah ia adalah mengikut Sunnah Rasulallah (s.a.w) yang mana riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri membantu isteri membuat kerja rumah termasuk menjahit dan membasuh baju, walaupun baginda adalah Rasulullah (s.a.w) dan juga memegang peranan sebagai ketua pentadbir negara di Madinah.

Keluarga bahagia dibina berteraskan sifat-sifat kasih sayang, tolak-ansur, timbang-rasa dan saling hormat-menghormati. Kemusykilan dan masalah yang timbul di dalam keluarga haruslah diselesaikan dengan berbincang untuk mencapai persefahaman. Bak kata pepatah, lidah dan gigi lagikan tergigit. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional dan terbuka supaya keputusan tidak berat sebelah dan mencemarkan kasih sayang.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah". Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah tetapi juga pemegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka dan amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup.

Hak Mengenakan Syarat Dalam Perjanjian Perkahwinan

Oleh kerana perkahwinan dalam Islam adalah bersifat aqad atau pejanjian, pihak-pihak kepada perkahwinan itu bolehlah memasukkan syarat-syarat dalam perjanjian perkahwinan yang tidak membatalkan maksud atau tujuan perkahwinan itu.

Di Malaysia, syarat-syarat tertentu pada amnya dimasukkan dalam Surat Perakuan Ta'liq dalam borang yang ditetapkan bersama dengan Surat Perakuan Nikah. Surat Perakuan Ta'liq yang ditetapkan biasanya memberikan hak kepada pihak isteri untuk menuntut perceraian sekiranya pihak suami meninggalkannya atau tidak memberikannya nafkah selama tempoh empat bulan atau lebih, atau menyakiti badan pihak isteri. Di beberapa negara Islam lain, syarat-syarat yang hendak dimasukkan adalah terpulang kepada pasangan individu, dan syarat yang memberikan hak kepada pihak isteri menuntut perceraian sekiranya suaminya mengahwini perempuan lain juga dibenarkan, misalnya di Arab Saudi, Jordan, Maghribi, Mesir dan Iran .

Perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bertujuan menjamin hak dan kepentingan pihak isteri sekiranya beliau diceraikan. Sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah an-Nisa 4:128 ayat yang bermaksud: "Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz (atau sikap tidak acuh) dari suamimu, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benar, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isteri secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz) maka sesungguhnya Allah maha mengetahui yang kamu kerjakan."

Sehubungan itu, wanita boleh membuat perjanjian sebelum perkahwinan dalam perkara tertentu demi menjamin hak beliau dengan lebih terperinci. Islam menyebutnya sebagai ta'liq di mana syarat-syarat tertentu diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki sekiranya ingin berkahwin dan ia akan mengikat kedua belah pihak. Hadith Rasulullah (saw) yan diriwayatkan oleh Sahih Muslim dan Sunan Abu Dawud menyebutkan "Syarat yang paling patut dipenuhi olehmu ialah yang menjadikan persetubuhan (dengan isterimu) halal untukmu."

Dalam Surat Perakuan Nikah pengantin di Malaysia , ia hanya terhad kepada syarat suami tidak memberi nafkah selama empat bulan atau lebih, suami meninggalkan isteri dan suami mencederakan dan menyakiti isteri. Jika perjanjian tersebut diingkari, pihak yang menuntut boleh menuntut di mahkamah syariah terhadap pihak yang melanggar perjanjian. Dengan kata lain, isteri berhak mendapat cerai dalam keadaan tertentu sekiranya suami melanggar syarat yang telah dipersetujui oleh mereka dalam perjanjian yang dikenali sebagai Tafwid al-Talaq.

Selain syarat yang disebut di dalam Surat Perakuan Nikah tersebut, perjanjian lain yang dibuat oleh seorang perempuan sebelum berkahwin dibolehkan dalam Islam. Perjanjian ini boleh dikuatkuasa di mahkamah kerana ia mengikat di antara pihak-pihak yang dipertikai. Perjanjian itu juga mestilah disetemkan dan disaksikan oleh saksi-saksi yang adil dan boleh dipercayai. Bagaimana pun, syarat yang dikenakan pada masa perkahwinan mestilah sesuatu yang sah seperti mas kahwin, nafkah dan cara hidup yang baik. Misalnya, perempuan berkahwin dengan syarat suaminya tidak akan membawanya dari tempat di mana dia tinggal. Dengan ada perjanjian tersebut, suaminya tidak berhak membawa isteri berpindah melainkan dengan persetujuan isteri.

Jika terdapat janji bahawa isteri mempunyai kuasa untuk menceraikan dirinya sendiri, maka isteri dikira mempunyai kuasa untuk berbuat demikian jika suami tidak memenuhi janji. Selain itu, butir-butir perjanjian yang boleh dibuat oleh seseorang wanita sebelum perkahwinan ialah berkaitan dengan hak harta, maskahwin dan pemberian, poligami, hadhanah (jagaan anak) dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khulu' dan mut'ah.

Hak harta berkenaan berapakah nafkah yang akan diberikan selepas bercerai serta hak wanita bersuami untuk memperolehi, memegang dan melupuskan mana-mana harta dari semua segi sebagaimana perempuan bujang. Wanita juga boleh membuat perjanjian tentang harga sepencarian di bawah hak harta. Bagi mas kahwin dan pemberian pula, seksyen 21 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) mempastikan hak wanita terhadap perkahwinan yang mana pemberian dicatat dengan teratur dan dapat dipastikan dengan tepat jika ia dibayar dan membuat tuntutan jika tidak.

Dari segi poligami, Seksyen 23 memperuntukan secara jelas bahawa lelaki yang ingin berpoligami harus mendapat persetujuan bertulis daripada hakim syarie dan beliau perlu mematuhi beberapa syarat. Dalam hal ini, pihak isteri boleh membuat perjanjian sekiranya selepas perkahwinan suami ingin berkahwin lain berkaitan harta, kewajipan beliau, masa giliran dan lain-lain.

Begitu juga dengan hadhanah dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khul' dan mut'ah (bayaran saguhati/pampasan yang diberikan kepada isteri yang diceraikan) yang mana isteri boleh meletakkan syarat atau janji di dalam ta'liq.

Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam

Di Malaysia, tiap-tiap Negeri mempunyai enakmen undang-undang keluarga Islam masing-masing. Walaubagaimanapun, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 boleh dikatakan sebagai model kebanyakkan peruntukan-peruntuk an itu, walaupun terdapat juga pindaan atau pengubahsuaian yang telah dibuat ke dalam enakmen-enakmen di beberapa Negeri yang menimbulkan beberapa perbezaan di antara perundangan tersebut, misalnya berkenaan dengan peruntukan mengenai poligami.

Pernikahan adalah kontrak persetujuan yang berlandaskan persefahaman di antara sepasang suami-isteri yang saling setuju-menyetujui sesama sendiri. Perkahwinan di bawah undang-undang Islam adalah bersifat aqad atau kontrak, yakni perjanjian, yang berdasarkan ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan). Tawaran itu dibuat, dari segi prinsipnya, oleh pihak pengantin perempuan, melalui walinya, dan penerimaan dibuat oleh pengantin lelaki atau wakilnya.

Umur minimum perkahwinan

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan bahawa tiada seseuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'i telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Persetujuan dikehendaki

Seksyen 13 Akta tersebut menghendaki persetujuan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, dan persetujuan wali pihak perempuan atau Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa sebagai wali Raja mengikut Hukum Syara' (hukum mengikut mana-mana mazhab yang sah) jika perempuan itu tidak mempunyai wali nasab (pertalian darah) atau wali nasab tidak dapat dikesan atau wali nasab enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang cukup. Sekiranya wali nasab enggan, maka pihak perempuan boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memohon bagi kebenaran perkahwinan secara wali Raja.

Pendaftaran perkahwinan

Seksyen 22 Akta tersebut memperuntukkan bahawa selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta'liq (perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah) yang ditetapkan atau ta'liq lain (syarat-syarat tambahan) bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.