1. Orang
yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan
bahagia.
2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus
asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia
difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang
melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai
persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain
berbeza pendapat dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah
berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak
dianggap merdeka.
7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali
yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu,
hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri
dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa
berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan
kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang
dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang
anda suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan
kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan
kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi
jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan
orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana
kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah
lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan
sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara
baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan
bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3
jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang
bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia
memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik
daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting,
yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang
yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain
kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan.
Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan
yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar.
Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu
hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan
menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah
tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di
atasi dengan kasih sayang.
36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan
yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita
perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang
yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada
itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang
yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri.
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran
orang lain.
41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami
kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna
tetapi berbau busuk.
43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
No comments:
Post a Comment