Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri."
"Jangan berputus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kerana seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak berputus asa lebih maju daripada orang yang cerdas tetapi pemalas.
Motto
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
“(Pada hari kiamat kelak) orang yang
bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang
bertaqwa.”
[al-Zukhruf:67]
Manusia adalah makhluk yang hidup berkumpulan dan
bermasyarakat. Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Manusia
tidak boleh mengasingkan diri dan bersikap seperti kera sumbang. Walaupun
begitu dalam berinteraksi dan mencari kenalan, manusia yang beriman perlu mempunyai
pedoman yang tertentu. Mereka perlu mengenali hakikat orang yang mereka
berinteraksi dengan mereka. Mereka wajar memahami perbezaan antara apa yang
dipanggil sebagai kenalan, teman, rakan atau sahabat. Jadi dengan kefahaman
yang jelas tentang perbedaan perkataan-perkataan tersebut mereka boleh
berinteraksi dengan cara dan etika yang betul dan sesuai.
Kenalan
ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia
adalah peringkat perkenalan pertama ; di mana manusia terdedah dengan
pertemuan yang di rancang atau tidak dirancang.
Manakala teman pula
ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin
kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau
mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi
menemani seseorang dalam situasi tertentu.
Rakan
ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau
tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan
dan perulangan interaksi dengan nya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan
kejiranan.
Manakala sahabat pula
ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya; dimana
anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan.
Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap
seseorang. Sahabat mempunyai
martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah
bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri, penampilan rupa
diri, mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya.
Islam memang menggalakkan manusia membentuk hubungan
kemanusiaan dengan orang lain dalam segala peringkat dan darjatnya. Islam
menggalakkan umatnya berkenalan dan memberi salam kepada orang yang mereka
kenal atau tidak kenal. Ini
adalah tradisi hidup yang bertamaddun. Manusia perlu menghargai orang lain dan
menampilkan penghargaan dan penghormatan antara satu sama lain kerana mereka
adalah setaraf sebagai manusia dan makhluk Allah. Sahabat adalah harta dan
senjata bagi seseorang.
Walaupun Islam menggalakan persahabatan dan menganggap
manusia itu adalah makhluk saraan Allah yang mempunyai martabat yang sama,
semuanya berasal dari Adam, namun Islam menggesa supaya umatnya berhati-hati
dalam memilih sahabat. Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة عن النبي
صلى اللهم عليه وسلم قال» المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
“Seseorang itu dikenali berdasarkan
sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”
[Riwayat Ahmad]
Rasulullah SAW bersabda:
عن أنس قال قال رسول
الله صلى اللهم عليه وسلم «.... ومثل الجليس الصالح كمثل صاحب المسك إن لم يصبك
منه شيء أصابك من ريحه ومثل جليس السوء كمثل صاحب الكير إن لم يصبك من سواده أصابك
من دخانه »
“Bersahabat
dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan
dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api).
Pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli
bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya.
Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda
mendapat bau yang hapak.”
[Riwayat
Abu Daud]
Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud:
“Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti
menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat
yang jahat.”
[Al-Mustadrak
ala al Sahihain]
عن أبي سعيد عن النبي
صلى اللهم عليه وسلم قال « لا تصاحب إلا مؤمنا ... »
"Jangan
bersahabat kecuali dengan orang Mu’min."
[Riwayat
Abu Daud]
Persahabatan yang kental dijalin oleh keimanan dan
semangat persaudaraan yang mendalam. Persaudaraan perlu berlandaskan atas
lunas-lunas berikut :-
1.
Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah.
Persahabatan sewajarnya dijalin
bukan atas dasar kebendaan dan kepentingan tertentu, tetapi hendaklah
didasarkan kepada keimanan dan kerana Allah semata-mata. Ini adalah agar
persahabatan tersebut diberkati oleh Allah. Muslim meriwayatkan sabda Nabi SAW
yang mengatakan bahawa; ada seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah
kampung. Allah menempatkan di tengah jalan seorang Malaikat menunggunya.
Apabila orang berkenaan bertemu Malaikat itu, Malaikat pun bertanya; apakah
pemergian engkau ke rumah sahabatnya itu kerana engkau hendak mendapatkan
apa-apa habuan? Orang berkenaan menjawab; tidak, saya pergi kerana saya sayang
padanya kerana Allah.
2.
Persaudaraan hendaklah digandingi oleh iman dan taqwa.
Rasulullah
SAW bersabda:
عن أبي سعيد عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال « ... ولا يأكل طعامك إلا
تقي
»
“Janganlah
memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa.”
[Riwayat Abu Daud]
3.
Persaudaraan hendaklah dilandaskan atas manhaj Islam.
Sesuai dengan maksud hadith yang
menerangkan bahawa antara orang-orang yang akan dinaungi oleh lembayung Allah
pada hari kiamat kelak ialah: dua orang yang bersahabat dan berkasih sayang
semata-mata kerana Allah, bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah.
4. Persaudaraan hendaklah mengamalkan
dasar saling nasihat-menasihati.
Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة عن رسول
الله صلى اللهم عليه وسلم قال « المؤمن مرآة المؤمن والمؤمن أخو المؤمن يكف عليه
ضيعته ويحوطه من ورائه »
“Orang
Mu’min adalah ibarat cermin bagi Mu’min yang lain. Mereka bersaudara di antara
satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa
ketiadaannya”
[Riwayat
Abu Daud]
Jika
temannya itu enggan menerima nasihat, sebaliknya terus berazam melakukan
maksiat maka ia hendaklah menjauhinya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan:
«
أوثق عرى الإيمان: الموالاة في الله، والمعاداة في الله، والحب في الله، والبغض في
الله »
“Ikatan
iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrantasi demi Allah, kasih demi Allah,
bencipun demi Allah.”
[Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi
al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr]
5.
Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong menolong ketika senang
dan susah
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
«
من كان معه فضل ظهر فليعد به على من لا ظهر له ومن كان له فضل من زاد فليعد به على
من لا زاد له »
“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah ia
membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa
yang mempunyai bekalan leibih maka hendaklah ia membantu orang yang tidak
mempunyai bekalan.”
[Riwayat Muslim]
Di
antara cara mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan ialah:
1. Memberitahu saudara kita bahawa kita sayang
padanya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam hadithnya:
عن المقدام بن معدي كرب وقد كان أدركه عن النبي صلى
اللهم عليه وسلم قال « إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه»
“Jika seseorang itu
sayang pada sahabatnya maka hendaklah ia beritahu bahawa ia menyayanginya.”
[Riwayat Abu Daud]
2. Apabila kita berpisah dengannya kita
mengharapkan do’a daripadanya dari jauh. Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan;
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم
عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال « لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني
أن لي بها الدنيا»
Pada
suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi
menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa
mendo’akan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan
Baginda tersebut.
[Riwayat Abu Daud]
3. Memaniskan wajah apabila bertemu: Abu Dzar
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم «
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق»
“Jangan engkau memandang
kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu
dengan sahabat”
[Riwayat Muslim]
4. Segera menghulurkan tangan untuk berjabat
apabila bertemu. Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم «
ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا»
“Setiap
dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah”
[Riwayat Abu Daud]
5. Kerap melakukan ziarah dari semasa ke semasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah
s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل
قال « حقت محبتي للمتحابين في
وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في»
“Orang yang berkasih
sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang
saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan
kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
[Riwayat Ahmad]
6. Mengajukan ucap selamat, tahniah dan
menyukakan hatinya dalam kesempatan dan hari-hari tertentu seperti ketika
mendapat anak:
بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده
Semoga Allah memberkati
anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur
terhadap kurniaan Allah,
mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.”
[Diriwayatkan daripada Hussein Saidina
Ali]
Ketika
kembali daripada perjalanan yang jauh;
الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah
yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda
serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut”
[Diriwayatkan daripada Para Leluhur
Silam; Salaf]
Ketika pulang dari medan jihad:
الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك
“Segala puji bagi Allah
yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan”
[Riwayat
Muslim, Nas’I daripada A’isyah]
Ketika pulang dari menunaikan Haji;
تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك
“Semoga Allah menerima
ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah
anda belanjakan”
[Riwayat
Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar]
7. Menampilkan hadiah dalam kesempatan tertentu
apabila perlu
عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن
Ad-Dailami
meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah
memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan
persanggitan hati”
[Riwayat
Thabrani]
Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا
“Hendaklah kalian saling
memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih”
[Riwayat
Malik]
8. Bersikap prihatin dan suka menunaikan hajat
serta keperluan sahabat.
9. Menyempurnakan segala hak-hak ukhuwwah dengan
sempurna.
Persaudaraan
dalam Islam menuntut hak-hak tertentu. Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل،
الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن
يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز
“Tiap orang Mu’min telah
diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mu’min yang lain: iaitu
memandangnya dengan penuh penghargaan, menyimpan perasaan mesra dalam hati
terhadapnya, menghulurkan simpati dengan harta sendiri, mengharamkan perbuatan
mengumpat terhadapnya, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya
(apabila meninggal dunia) dan tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik
sahaja sepeninggalannya”
[Riwayat Ibnu Babawaih]
Oleh :
Ustaz Abdul Ghani Samsudin